|
DARLENE menyediakan minuman untuk pelanggan di restorannya di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
SETIU: Pelayan wanita di restoran atau gerai air buah di Kampung Saujana di sini yang kisahnya tular melayan golongan mat rempit dengan aksi-aksi panas Julai lalu kini hanya bertugas di dapur dan kaunter.
Menurut pelayan itu yang mahu dikenali Darlene, 31, dia tidak lagi menjadi pelayan kerana tidak mahu lagi terdapat pelanggan yang mengambil kesempatan atau berkelakuan tidak senonoh terhadapnya dan menularkan video sehingga dicemuh masyarakat.
Malah, katanya, dia mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi.
“Sekarang, saya lebih banyak berada di dapur dan kaunter kerana bimbang ada pihak mengambil kesempatan dan curi-curi mengambil gambar dan video,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
“Tetapi saya rasa tidak adil kerana tindakan juga wajar diambil terhadap lelaki-lelaki yang terlibat dalam video tular itu dan bukan saya seorang,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, dia mengakui terkilan dengan kejadian tersebut dan berasa tidak adil hanya dia yang disalahkan dalam kes tular sebelum ini.
“Sejak isu tular terbabit, ramai yang datang ke kedai ini semata-mata mahu menghamburkan cacian serta makian kepada saya. Namun tidak kurang juga yang memberi sokongan moral,” ujarnya.
Bagaimanapun, tambahnya, perniagaan restoran tersebut masih beroperasi seperti biasa selepas tular video berkenaan.
Selain itu, tambahnya, pendakwaan kes yang membabitkan kejadian itu dijangka dilakukan di Mahkamah Syariah, Kuala Terengganu pada September depan.
Menurutnya, dia berhasrat mendapatkan khidmat peguam bagi menguruskan kes tersebut.
Utusan Malaysia pada 6 Julai lalu melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) melakukan serbuan di kedai makan di Kampung Saujana selepas tular video dua pelanggan memeluk bahu dan pinggang seorang wanita.
Difahamkan, anggota penguat kuasa JHEAT melakukan serbuan bagi menjalankan siasatan berhubung video yang tular berkenaan. –UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/berita ... a-di-dapur-kaunter/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|