CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1930|Reply: 7

50 peratus ibu tak susukan badan selepas bayi 6 bulan

[Copy link]
Post time 9-8-2022 09:34 PM | Show all posts |Read mode
50 peratus ibu tak susukan badan selepas bayi 6 bulan


Ibu muda tiada motivasi untuk meneruskan penyusuan eksklusif kepada bayi selepas enam bulan dilahirkan. - Foto hiasan


SERI KEMBANGAN: Hampir 50 peratus ibu muda yang baru melahirkan bayi dilihat gagal meneruskan tempoh penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan berikutan kurang kesedaran mengenai manfaat jangka panjang penyusuan ibu untuk bayi.

Pakar Sakit Puan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra (Andorra), Dr Khamsiah Muda, berkata berdasarkan pemerhatiannya kebanyakan ibu muda yang mendapatkan pemeriksaan selepas bersalin di hospital ini dilihat hanya bertahan selama sebulan penyusuan susu ibu sebelum memilih untuk mencampurkan dengan susu formula.

Katanya, kebanyakan mereka tidak mampu berdepan dengan cabaran penyusuan itu antaranya kerana tiada motivasi untuk meneruskan penyusuan eksklusif dan tidak cuba mengatasi masalah di awal penyusuan itu.

"Kebiasaannya bagi ibu muda ini, mereka tidak mempunyai pengetahuan bagaimana teknik penyusuan dengan betul, hisapan bayi dan kegagalan mengatasi pemikiran bahawa bayi mereka tidak kenyang," katanya pada program kempen penyusuan susu ibu di sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga pengasas Hospital Andorra, berkata setiap ibu yang melahirkan anak amat mustahil tidak mempunyai susu kerana sepanjang tempoh sembilan bulan mengandung mereka sudah 'disediakan' oleh Tuhan untuk proses itu.


Tiada alasan menghentikan pemberian susu ibu kepada bayi sekurang-kurangnya sehingga dua tahun. - Foto ihsan Siti Eaishah Hamzah


"Selepas bersalin akan berlaku perubahan hormon dan susu ibu akan terhasil, cuma untuk memastikan penghasilan itu konsisten, perlu ada hisapan semula jadi daripada bayi sendiri.

"Tidak boleh mengalah pada peringkat awal dengan pelbagai cabaran ditempuhi. Oleh itu, ia adalah pengorbanan sekiranya berasa penting untuk mengandung, anda juga perlu merasakan perkara yang sama untuk menyusukan bayi itu.

"Cabarannya mungkin pengeluaran susu ibu itu lambat dalam tiga hari, salur susu belum terbuka dan kadang-kadang bengkak susu.

"Dari situ, ibu muda perlu tahu dan meminta pandangan apa yang perlu dilakukan, tetapi sebaiknya teruskan saja memberi bayi hisapan pada payudara kerana hisapan bayi adalah paling kuat sekali.

https://assets.bharian.com.my/im ... 4_PM_1660021534.jpg
"Jadi tiada sebab atau alasan untuk mengatakan anda tidak mempunyai susu untuk bayi," katanya.

Sebagai panduan memastikan susu terhasil dengan baik, beliau berkata, seelok-eloknya diet setiap bakal ibu perlu mengambil pemakanan berzat sepanjang mengandung berbanding makanan segera yang tidak begitu membantu.

"Selepas bersalin perlu mengambil minuman mencukupi, jangan terlalu ketat dalam proses berpantang dan bersandarkan kepada amalan mitos orang dulu-dulu.

https://assets.bharian.com.my/im ... dora_1660021532.jpg
Dr Khamsiah Muda.
"Ibu juga memerlukan makanan bernutrisi tinggi untuk memulihkan semula tenaga, mengecutkan rahim dan menambah zat dalam badan.

"Selain itu, ibu muda perlu tahu penghasilan susu ibu akan berlaku dengan banyak bermula jam 8 malam hingga 8 pagi kerana pada tempoh itu, hormon prolaktin dan oksitosin aktif.

"Jadi dari situ ibu mengambil peluang menyusukan anak dan jangan tukar dengan susu formula semata-mata untuk berehat," katanya.

Jelasnya, sekiranya ibu memilih tidak mahu menyusu secara eksklusif, sebenarnya satu kerugian kerana tiada sentuhan atau ikatan semula jadi antara ibu dan bayi yang boleh terhasil.

"Tidak dinafikan kebanyakan syarikat pengeluar susu bayi ini boleh mencipta hampir 95 peratus persamaan dengan susu ibu melalui pelbagai kandungan jenis vitamin, probiotik dan sebagainya.

"Tetapi sebagai hospital yang menekankan penyusuan ibu, kami tetap akan menggalakkan ibu muda memberi susu ibu kepada bayi mereka.

"Susu ibu adalah susu diciptakan dengan sifat semula jadi dalam komposisi nutrien, vitamin, ketepatan suhu, selain memberi antibodi yang kuat untuk bayi melawan serangan penyakit.

"Dalam keadaan ekonomi ketika ini juga, susu ibu adalah penyelamat dalam mengurangkan beban membeli susu formula," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... elepas-bayi-6-bulan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 04:04 PM | Show all posts
baca artikel ni sambil pam susu. dah 10 bulan anak masih full bf.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
greantea replied at 12-8-2022 04:04 PM
baca artikel ni sambil pam susu. dah 10 bulan anak masih full bf.

bagusnya
kuat uols ya..

kawan iols awal² lagi da mix
sbb rasa anak dia xpuas² menyusu
kalau directfeed katanya bese 1jam suku cmtu anak dia menyusu sampai tertidur, pastu kejap tido dan bgn balik nak menyusu lagi
badan jadi penat sangat² katanya
sblm beranak dia kata xpnh plk org bgtau yg menyusu ni susah.lepas beranak ada la join kelas menyusu tapi mcm xdpt sapot drpd laki dia pula. sbb laki dia lebih suka hadap keje drpd nak tolong mudahkan urusan isteri cthnya masak, basuh botol susu, kemas rumah dll

dia ckp, emosi ibu akan beri kesan pada susu..kalau mak xhappy, badan penat, makan xproper susu boleh drop. dia da share content kelas menyusu kt laki dia pun laki dia xamik port sgt even dia daftarian laki dia masuk kelas menyusu online pum dia xhadir..nak minta urut susu pun laki dia malas..urut kejap je. tu pun nak kena minta byk kali..sedih betul kawn iols tu xdpt nak ekslusif breastfeed anak dia. dia kata, kalau fikir pasal susu badan utk anak dia, mmg dia kecewa dan asik meleleh je air mata .. dia cite kt iols pun dia da bergenang air matanya huhu.. ni baru nak firat, dan sbb kerumitan penyusuan ni dia da byk kai terfikir nak divorce abb dia rasa laki dia xleh nak harap..konon nak terbaik utk anak tapi sikap menunjukan sebaiknya..tp dia kata syukur juga dpt majikan yg xkacau staff utk pam susu masa kat opis sbb dia kata ada dia baca kt group menyusu kat fb, siap bos xkasi pam susu lagi sebab ambil masa lama..iols tumpang dgr je la luahan ni..

dia skg mix feeding katanya sekurang²nya dia usaha juga la dlm keadan dia yg mcm tu. pastu dia cite aritu, pegi site jauh dia pam dlm kete opis masa driver tgh drive, jalan xcantik siap tumoah² susu dia..nak nanges katanya. da la nak kumpul payah, bukan boleh beli kat kedai susu ni hihi..begitulah cabaran dia

i harap bapa² mainkan peranan sepatutnya dalam penyusuan susu ibu ni. jgn harp bagi sperma dan duit beli susu tepung je, bagi la makanan cukup zat, bagi bini makan elok² ikut time, jrut² bagi susu lamcar, tolong prepare dan cuci barang² pam, tukar part² menyisu bila sampai masa toksah dihempuk sume kat bini..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 09:56 AM | Show all posts

sy ada 3 anak. anak 1st 4 bulan jek bf. sebab keja jauh sgt. melaka-klia, ulang selang 3 hari. anak ke 2, 8 bulan jek. anak ke 3 smpai skrg, 10 bulan.

anak 1 & 2, sy xde ilmu. anak ke 3, sy join sistem asiah maharam. alhamdulillah. sy x bt betul2 sebab tkt oversupply susu. sy buat takat cukup2 jek. dlm peti ais skrg ada 2 peket jek susu beku. setiap hari sy bg babysitter 3 peket susu jek. sy ckp kat pengasuh, byk tu jek sy boleh dpt. alhamdulillah babysitter sy pandai. dia pelbagaikan makanan anak sy. jd anak sy xde la nak susu jek. lgpon anak sy tolak terus susu formula. ada jek sy bg buat stanby.

balik keja, memang anak akan melekat ngan sy. tido pon menyusu. dia bergantung susu sampai tido. sementara dia nak tido tu sy rehat2. main phone. bila dia tido, sy bgn buat ape y ptt. kalo penat sy x buat. sy pejam mata jek.

sy x tahu la org lain, tp sy x pernah libatkan asben sy dlm bf journey saya. xpernah sy suruh dia cuci brg pam sy. beli plastik susu pon sy bt sndr. bf kena happy. sy makan jek ape sy nak mkn. sy selalu berdoa ape y sy mkn akan jadi susu utk anak sy.

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
greantea replied at 16-8-2022 09:56 AM
sy ada 3 anak. anak 1st 4 bulan jek bf. sebab keja jauh sgt. melaka-klia, ulang selang 3 hari. an ...

i see
selagi u happy ok je kot ek
kwn i tu stress kot dan dia xhappy sbb dia expect laki dia akan tolong bantu dlm urus anak dan hal² rumah tapi yg berlaku adalah sebaliknya..(tapi betul juga la dia expect laki dia tolong, xkan dia nak minta uncle sebelh tolong plk haha)

sbb rumah dia cpt berhabuk ( rumah dekat sebelah hiway kesas) dan tiap mgu kena sapu rumah, laki dia jenis suka nak tangguh² menyapu ni konon nak buat weekdays padahal weekdays pula da sibuk keje balik lambat dan mmg xkan buat la jawabnya.
pastu laki pulak jenis xbuang sampah setiap hari, tunggu plastik sampah penuh/ da berbau 1rumah / berulat / kena suruh baru nak buang sampah

tapi aritu ada terbaca mcm somethingnwrong pasal ajaran asiah maharam tu..lupa plk apa isunya. kwn i ni dia folo kaunselor laktasi mana ntah, sbb awal² dia pun xde ilmu juga la..skg xde masa pula katanya.

tp kalau org peknen kat opis ni mmg dia msihatkan belajar bab penyusuan la sbb xmudah spt yy disangka..gitew dia create awareness hihi
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 01:05 PM | Show all posts
airmineral replied at 16-8-2022 11:39 AM
i see
selagi u happy ok je kot ek
kwn i tu stress kot dan dia xhappy sbb dia expect laki dia akan  ...

saya pon ada baca pasal diorg kata sistem tu tipu. tp ilmu menyusu y diorg bg tu betul. sy dah apply dan mmg menjadi. cuma kena bg komitmen lebih la. mungkin ada org guna nama tu nak tipu duit kot. sy pon dah x join dah grup wassap telegram semua sbb sy dah faham basic. so sy guna basic tu je la. ada jek diorg ajar cara nak naikkan susu balik. waktu pam diorg bg. mknn utk milkbooster pon diorg ajar. diorg x galakkan sgt milkbooster beli pil ke ape ke. sepjg sy belajar sistem tu, xde mslh la.

sy pon rasa kawan awak ltk high expectation sgt kat laki dia. sy jenis go with the flow. penat, sy rehat. penat menyapu, beli vakum.  mmg la patut laki kena tolong sama2 bt keja rumah. dah dia pon dok situ kan. tp nak ubah lelaki bukan senang. y penting mental kita nak kena jaga. pasal laki ni kena pandai reverse psikologi. sy x reti nak ckp. tp laki sy, bila dia tgk semua sy boleh bt sendiri, dia lak rasa tercabar . tahu lak nak tlg. tp tu la, itu laki sy, org lain sy x tahu.





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2022 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah masih bf anak 11 bulan. InsyaAllah berjaya sampai 2 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2022 03:25 PM | Show all posts
kekangan kerja
tapi ada jugak yg jenis tak ada susu sangat
macam2 usaha dah buat.. takda rezeki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.120701 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list