CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2007|Reply: 3

[Lain-Lain] ‘Drag queen’ berlakon karya terbaharu Marvel

  [Copy link]
Post time 9-8-2022 04:52 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG drag queen bernama Shea Coulee diumumkan terlibat melakonkan satu karakter misteri dalam filem adiwira baharu, Ironheart.

‘Drag queen’ berlakon karya terbaharu Marvel

SYARIKAT penerbitan filem dan televisyen terkemuka dunia, Marvel Studios menerima kecaman peminat apabila memilih seorang ‘drag queen’ (lelaki berpakaian wanita) terlibat dalam karya terbaharu, Ironheart.

Luahan rasa kecewa audiens berlegar-legar dalam gelanggang Twitter dan ada di antara mereka yang menyifatkan Marvel sepertinya sudah sudah ‘mati akal’ untuk melazimkan jenama ‘adiwira’ mereka di mata peminat.

“Dah macam sampah MCU (Marvel) sekarang. Dah makin mengarut mereka sekarang sejak Avengers (francais filem paling laku Marvel) sudah tamat.

“Kami tak mahu siri atau filem ini. Mereka tak belajar daripada ‘rating’ rendah karya terbitan mereka kebekalangan ini seperti Ms. Marvel,” demikian antara ciapan ditinggalkan peminat dalam Twitter.

Sungguhpun begitu, ada kelompok peminat yang menyokong pendekatan Marvel melibatkan ‘drag queen’ untuk siri akan datang yang akan ditayangkan menerusi platform penstriman, Disney+.

Mereka menyifatkan tindakan syarikat filem tersebut sebagai meraikan kepelbagaian dalam kalangan masyarakat.

“Keinginan saya nak tengok siri ini (Ironheart) melonjak daripada skala kosong kepada 100 dengan segera.

“Kalian semua memperlekeh pemilihan pelakon dan pada masa sama, semua itu bersifat sangat homofobia (perasaan takut atau benci yg amat sangat terhadap homoseksual) dan menonjolkan rasa benci terhadap kaum kulit hitam,” ciap netizen.

Terdahulu, Marvel mengumumkan bahawa seorang ‘drag queen bernama Shea Coulee akan terlibat melakonkan satu karakter misteri dalam Ironheart.

Shea atau nama lelakinya, Jaren Kyei Merrell yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti, Rupaul’s Drag Race berkongsi perihal tersebut menerusi laman sosial miliknya, baru-baru ini.

“Tak boleh digambarkan dengan kata-kata betapa terujanya saya untuk terlibat dalam projek ini. Lakonan memang cinta pertama saya dan saya sangat berkobar-kobar nak jayakan benda ini dalam layar yang lebih besar,” ujarnya menerusi Twitter. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... a-terbaharu-marvel/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 08:03 PM | Show all posts
Make Homophobia Great Again
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
I malas nak layan Marvel series kat Disney+ tak minat. So, lantak ler. Filem superhero MCU pun dah selective sangat sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 04:21 PM | Show all posts
Ha ah ekk filem2 serta siri2 Marvel sekarang ni hauk.. aku try nak layan Ms.Marvel tapi sampai episod dua terus tak follow dah.. sebalik nya Star Wars Universe lagi best ada Obi Wan ada Andor ada Mandalorian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.065199 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list