CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2286|Reply: 11

[Dunia] GEMPAR: FBI serbu kediaman bekas Presiden US, Donald Trump di Mar-A-Lago

  [Copy link]
Post time 9-8-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 9-8-2022 03:44 PM


Trump memaklumkan serbuan tanpa amaran itu tetap berlaku walaupun beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan. - Foto REUTERS

FLORIDA: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menyerbu kediaman bekas Presiden, Donald Trump di Mar-A-Lago, dekat Palm Beach, Florida.
Menerusi satu kenyataan, Trump memaklumkan serbuan tanpa amaran itu tetap berlaku walaupun beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan.
Beliau turut menyifatkan serbuan itu sebagai satu tindakan yang tidak wajar.



Trump bagaimanapun tidak memperincikan berkenaan serbuan itu dengan hanya mengatakan kediaman mewahnya, Mar-A-Lago tersebut telah diserbu dan dipenuhi ejen FBI.
Beliau turut mendakwa agensi berkenaan turut memecahkan peti besi simpanannya.


Trump bagaimanapun tidak memperincikan berkenaan serbuan itu dengan hanya mengatakan kediaman mewahnya, Mar-a-Lago tersebut telah diserbu dan dipenuhi ejen FBI. - Foto REUTERS

"Kediaman indah saya, Mar-A-Lago di Palm Beach, Florida kini ditawan, diserbu dan dikawal oleh sekumpulan agen FBI," memetik kenyataan beliau.
Jabatan Keadilan AS (DOJ) ketika ini melancarkan siasatan peringkat awal terhadap tindakan Trump yuang didakwa mengeluarkan dokumen rasmi Presiden dan menyimpannya di kediaman beliau di Florida.


Perkara itu didedahkan pada April lalu oleh sumber yang mendakwa mengetahui mengenai isu terbabit.
Siasatan dimulakan selepas pentadbiran Arkib Negara dan Rekod Kebangsaan AS memaklumkan Kongres pada Februari lalu bahawa ia menemui kira-kira 25 kotak dokumen White House di rumah Trump di Florida dengan sebahagiannya adalah maklumat sulit.

Trump sebelum ini mengesahkan beliau bersetuju memulangkan rekod tertentu kepada pihak arkib, sambil menyifatkan perbuatannya sebagai sesuatu yang biasa dan hanya proses rutin.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ni kew kecoh2 kt CNN td katanya dia bawak keluar classified government’s documents which is punishable by laws gitchu!
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 03:56 PM | Show all posts
soalan: berjaya ke bini dia melania tu bercerai dgn mamat ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2022 04:45 PM | Show all posts
AznieBunnie replied at 9-8-2022 03:56 PM
soalan: berjaya ke bini dia melania tu bercerai dgn mamat ni?

rasanya ari tu melania negotiate new pre-nup sebelum masuk white house itu ari. maybe dia stay demi pre-nup tu kot

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 06:07 PM | Show all posts
Alih pandangan je tu jadi kambing hitam
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:01 PM | Show all posts
dia kan pro russia, rasa nya dia bawa file gambar spender mr putin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lock him up si hanat ni. Kaki hasot… hillbillies amerika je yg sokong dia. Kalah undi sentap. Dasar psychopath cam supporters dia la. Org melayu pun sokong .. kalau pergi sana silap2 korang pun kena bantai dgn penjilat dia. Ultra moron!

Wakakahkah
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
I cuma nak komen, cantiknye mansion dia. First time tengok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 9-8-2022 07:27 AM

Go go go trump....democrat sudah panas bontot.. Putin dan xinping sekali
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 02:49 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 9-8-2022 04:45 PM
rasanya ari tu melania negotiate new pre-nup sebelum masuk white house itu ari. maybe dia stay dem ...

so mmg betul rumours yg Melania nk minta cerai dgn trump...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2022 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
liyamariska replied at 10-8-2022 02:49 AM
so mmg betul rumours yg Melania nk minta cerai dgn trump...

Cerai x pasti tp dia stay kt new york lebih 6 bulan baru dia g pindah msk white house. Walaupun dia bg alasan kononnya nk tunggu Barron hbs belajar tp dgr citer dia ugut trump utk negotiate blk pre nup mereka supaya dia dpt better deal utk diri dia dan barron. Kerlsss melania nmpk sgt dia baca buku trump "Art of the deal". Sepanjang tempoh ketiadaan Melania di white house masa 6 bulan pertama trump jd President, tu yg Ivanka pefeeling kononnya dia First Lady masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 08:11 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 9-8-2022 04:45 PM
rasanya ari tu melania negotiate new pre-nup sebelum masuk white house itu ari. maybe dia stay dem ...

oooh... that's news to me. thank you.

oh well, tadak suami, tapi ada harta melimpah-ruah, boleh lah cari aktiviti untuk happy happy.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.073860 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list