CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 596|Reply: 0

Bagnaia menang GP British

[Copy link]
Post time 9-8-2022 01:48 PM | Show all posts |Read mode

Penunggang Itali, Francesco Bagnaia (kanan) mencabar pelumba Sepanyol, Alex Rins ketika saingan Grand Prix British di Silverstone. - EPA

SILVERSTONE, United Kingdom: Penunggang Itali, Francesco Bagnaia menang perlumbaan MotoGP British sebentar tadi dengan pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo di kedudukan kelapan.

Penunggang Ducati itu naik ke kedudukan ketiga kejuaraan dunia selepas kemenangan kedua berturut-turut selepas MotoGP Belanda.

Penunggang Sepanyol, Maverick Vinales kedua bersama jentera Aprilia dan pelumba Australia, Jack Miller bersama Ducati ketiga.

Penunggang petak depan, Johann Zarco terbabit dalam kemalangan pada pusingan kelima ketika mendahului dalam usahanya mencari kemenangam pertama dalam kelas utama itu.


Selepas melalui 12 daripada 20 perlumbaan musim ini, penunggang Yamaha, Quartararo mengumpul 180 mata, 22 melebihi penunggang Sepanyol, Aleix Espargaro dari Aprilia, yang menamatkan perlumbaan di tangga kesembilan, dan 51 mata di belakang Bagnaia.

Zarco, 32, jatuh dua anak tangga selepas kesilapan perkenaan dan kini kelima keseluruhan di belakang penunggang Itali, Enea Bastianini. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-menang-gp-british
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.212102 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list