CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2592|Reply: 27

[Tempatan] Lelaki ‘suap’ vape dalam mulut bayi 7 bulan akhirnya ditahan

   Close [Copy link]
Post time 9-8-2022 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Tangkap layar menunjukkan tindakan lelaki itu memasukkan vape ke mulut bayi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang tular meletakkan vape pada mulut bayi perempuan ditahan, dalam kejadian di sebuah kedai makan dekat Bandar Baru Uda, Johor Bahru, dua hari lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Utara Rupiah Abd Wahid, berkata pihaknya menerima satu laporan polis berhubung video yang tular itu, pada 2.56 petang kelmarin, dibuat oleh ibu kepada bayi perempuan berusia tujuh bulan itu.

Beliau berkata, susulan laporan itu, polis menahan lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai kenalan kepada ibu saudara bayi itu, pada 12.45 tengah hari tadi.

“Suspek yang juga seorang peniaga ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Johor Bahru Utara (JBU). Polis akan memohon reman di mahkamah, esok,” lapor Berita Harian.

Terdahulu, tular satu video yang menunjukkan seorang lelaki “menyuapkan” rokok elektronik vape ke mulut seorang bayi, yang berada atas pangkuannya. Tindakan itu dirakam seorang wanita, yang kedengaran ketawa terhibur dengan perbuatan itu.

Perbuatan itu mendapat kecaman komuniti perubatan dan warganet, yang menyifatkannya sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan mahu tindakan tegas diambil terhadap pelaku serta pihak lain yang terbabit.

Rupiah berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ibu bayi berkenaan memaklumkan pada hari kejadian, dia dan anaknya itu berada di kedai makan terbabit bersama adik perempuannya dan suspek lelaki yang juga kenalan adiknya.

Pengadu memaklumkan, suspek memangku bayi itu dan secara tiba-tiba dengan niat bergurau meletakkan vape yang tidak berfungsi di mulut bayi berkenaan.

“Kejadian itu dirakam adik perempuan pengadu sebelum rakaman itu dimuat naik oleh adiknya di laman media sosial, sekali gus menjadi tular. Video itu kemudian mendapat kecaman masyarakat di media sosial,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 07:42 AM | Show all posts
tak pasal-pasal bergaduh keluarga lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:45 AM | Show all posts
Adik dan bf bodoh....gila content. Mendapat lah ko...sah lepas ni breakoff
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:06 AM | Show all posts
adan uker...bodoh yahamat..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kashiyaaaannn kat abi
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas spm taknak sambung, sebok nak jadi content creator. Tu yg bodoh tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi mcm dlm bideo dgr org gelak tawa berbanding dr mak die naik sawan tgk anak kne suap vape. mak die kt situ je kan. ke sbb dh viral baru rse nk report polis?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Si mak yg br ada kesedaran buat report ni pun bodoh
Kesahnya ko pun sama bergelak skali kan dlm video tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 08:24 AM | Show all posts
Rasain kau. biar kapok kau, stress saya nonton bideo anak balita dikasi vape.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:29 AM | Show all posts
mulut busuk ko letak vape ... pastu ko letak pulak kat budak 7 bulan tu..
mmg lahabao la ... mintakla KKM tidorkan terus org mcm nie ...  
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka kau. Harap x membiak la jantan bodoh ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:38 AM | Show all posts



Ini pacar dia yang ngerekam bideo. Masih pacaran sok bilang abi... abi..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:40 AM | Show all posts
Edited by Friska at 9-8-2022 04:06 PM



Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 9-8-2022 08:09 AM
Kashiyaaaannn kat abi

Kat dalam nanti dia jadi umi pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:48 AM | Show all posts
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid
Nama Pak Polisi itu Rupiah, mata uang Indonesia. Pasti orang tuanya keturunan Indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 9-8-2022 08:47 AM
Kat dalam nanti dia jadi umi pulak.

Geng2 sg buloh dlm sana pun tak kebuloq nak sontot jantan bangang gini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi akak nak bagi kata2 hembur jugalah yach dek…. Parents yang dok sua gula kat anak2 pun sama jah bodohnya dengan sua vape yach dek. Dua benda yang sama tak sihat sama buat ketagih, dekkkk…… Kalau dah namanya manusia, memang bodoh yach sis?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:00 AM | Show all posts
comel budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:59 AM | Show all posts
Mendapat sudah lain kali jangan gigih buat kerja merapu demi content
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 11:03 AM | Show all posts
tolong la laki2 semua, sila kerap bermasturbasi utk mengelak dr jadi bapa bodoh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.148080 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list