CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1828|Reply: 21

[Tempatan] Mental dunia ke 3 : Netizen bengang Ibu Mengandung Terpaksa Berdiri Tunggu Giliran, Kaum Bapa Siap Boleh ‘Lena’ Di Kerusi klinik

   Close [Copy link]
Post time 9-8-2022 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 9-8-2022 12:18 AM

https://vt.tiktok.com/ZSRMqgu4f/?k=1

Daripada kecil kita diajar agar prihatin terhadap orang lain seperti memberikan jalan pada mereka yang memerlukan, memberikan tempat duduk, tidak menggunakan parkir khas OKU dan banyak lagi.

Apatah lagi bila berada di tempat awam, tentunya kita perlu mengutama kan wanita mengandung, warga emas dan juga golongan OKU. Pun begitu, ramai diantara kita yang masih mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan mereka.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan keadaan di sebuah Klinik Kesihatan mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, ianya merupakan ruangan menunggu yang menempatkan golongan ibu mengandung yang hadir untuk pemeriksaan kandungan mereka.

Namun apa yang mengundang amarah ramai adalah, kelihatan segelintir kaum bapa yang tidak memberikan tempat duduk kepada golongan ibu mengandung.

Dapat kita lihat, dalam ramai-ramai ibu mengandung yang duduk, masih ada segelintir yang terpaksa berdiri kerana kekurangan kerusi.

Lebih menyakitkan hati, ada pula kaum bapa yang siap boleh terlena dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling terutamanya ibu mengandung yang terpaksa berdiri menunggu giliran.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan perkara tersebut sering kali terjadi pada masa kini seolah-olah hilang rasa prihatin terhadap orang yang lebih memerlukan.

Bukan itu sahaja, netizen juga memaklumkan ada kalanya jururawat yang bertugas di situ akan membuat pengumuman meminta para bapa memberikan keutamaan kepada ibu mengandung untuk duduk di kerusi.

Antara komen warga maya:
“Selalunya nurse akan announce suruh ibu mengandung duduk, bapa-bapa berdiri bagi laluan.”

Sumber
@mrdoraemon32wan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
penat kot shift malam..terlena dibuai mimpii
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Heols pun mengandung. Mengandung lemak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:41 AM | Show all posts
mengandung jugak tu..cuba tengok perut dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
aku jika org rumah check up, duduk dlm kereta jelah xpun gie kerja, hbs check up baru jemput
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai sbb nurse n doc lembab buat keje.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2022 10:03 AM | Show all posts
bapa tu pun mengandung juga
set2 mengandung kekal
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yang record video ni jua kenapa tak tegur & bangunkan abang tu… kadang2 bukan nak terlalu bersangka baik, but mana tau mmg dia betul2 terlelap ke, and mana tau masa dia sampai, maybe takde langsung org kat situ.. lain la kalau dia rekod and tunjuk yang abang tu naik angin ke…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 10:47 AM | Show all posts
Dah masaalah sama bertahun2 tak selesai apa kata sediakan dua tempat menunggu satu untuk kaum ibu didalam dan satu lagi untuk kaum bapa diluar klinik.  Win win untuk semua.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:57 AM | Show all posts
masalah kk ni dpd duluuu lagi. sbb tu i mengandung skang mmg tak buka buku pink dah kat kk. not everybody has the time untuk cuti half day untuk check up kk sahaja. lama gilaa kot kena tunggu. kalo kk yang ada ekon ok la.buatnya kk yang sendu takde ekon kena campur ngn indon2 mana tah sekali. haruuuu. yang buat lama tu sbb jururawat masyarakat ni kena tulis 2 buku. ko bayang tangan dia lenguh tulis 2 buku untuk satu ibu. baru satu ibu. beratus ibu satu hari. iols tak salahkan jururawat dan doktor walaupun kadang2 ada je yang annoying. tapi iols dulu masa pg kk dpt jururawat yang baik2 la.  tapi iols salahkan kkm dan kerajaan yang tak reti2 nak upgrade kk dengan alasan takde duit! semedang takde duit!!!

salahsatu sebab iols taknak check kat kk dah sebab air gula kat kk iols pure air gula loll. kalo klinik swasta air gula dia rasa mcm 100 plus kihkihh. alhamdulillah pregnancy iols takde pelik2 sakit ke apa. semoga ibu ibu checkup kk bertabah yaaa. kalau ada duit lebih checkup la di klinik swasta saja rilek sikit tak tunggu lama tak bazir masa. kalau tak buka buku pink pun boleh bersalin di hospital kerajaan ya ibu ibu jangan risau.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang sedih.bini-bini pun tak reti malu biar je laki tak guna serupa itu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia baru balik maraton 10km or berperang jihad sebulan pun boleh je duduk kat luar.. xpayah masuk tempat menunggu utk pesakit..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 9-8-2022 09:38 AM
Ramai sbb nurse n doc lembab buat keje.

Sebab tu kena swastakan kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by caprut at 9-8-2022 07:43 PM
nanasno replied at 9-8-2022 10:57 AM
masalah kk ni dpd duluuu lagi. sbb tu i mengandung skang mmg tak buka buku pink dah kat kk. not ever ...


Konsep kalau sggup beranak semasa tiada duit lebih nk checkup dkt swasta jgn komplen lebih. Tiap tahun ibu ngandung ni complaint bnda sama tp tiap tahun bgga beranak pastu follow up dkt KK. Dapat la merasa hospital swasta kalau tiada komplikasi
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 9-8-2022 10:47 AM
Dah masaalah sama bertahun2 tak selesai apa kata sediakan dua tempat menunggu satu untuk kaum ibu di ...

Ptot lepas covid mak atau ayah je teman baby utk follow up. Ni ada pakar siap benarkan satu family tu masok dalam
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
bertahun2 isu sama je, baguslah kaum bapa teman buat cek up tapi tunggu lah kat luar, tak selesa kot wad ibu mengandung dan kanak2 tetiba ada ramai kaum bapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayooo… klinik pun letak la sign ke.. “kalau rasa kat bwh tu ada ovari sila duduk jgn segan silu”
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kakigojes replied at 9-8-2022 10:16 AM
Org yang record video ni jua kenapa tak tegur & bangunkan abang tu… kadang2 bukan nak terlalu bersa ...

Soalan skrg kenapa yang bertelur tu ada di klinik ibu mengandung? Mesti dia teman wife dia mengandung kan? Wife dia mana? Bodoh juga tak reti suruh suami bangun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kk yg iols pergi ade guard jage n guard tu dh tapis dr depan pintu lg kalo tgk bapak2 ni nk masuk.
normally malaysia paham je bahasa. yg bukan warganegara ni haihhh. kalo bole sekampung nak diaraknye. pening tgk
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaum bapa patut diharamkan berada di klinik ibu mengandung kecuali isteri ada masaalah kesihatan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.075149 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list