CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1529|Reply: 0

PDRM umum kenaikan pangkat, pertukaran jawatan 20 pegawai kanan

[Copy link]
Post time 8-8-2022 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 8-8-2022 10:20 PM

PDRM umum kenaikan pangkat, pertukaran jawatan 20 pegawai kanan

Ogos 8, 2022 @ 8:53pm  Oleh Nurul Hidayah Bahaudin  20bhnews@bh.com.my






Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.




KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat 20 pegawai kanannya berkuat kuasa pada 12 September ini.

Mendahului senarai adalah Timbalan Cawangan Khas E1, Bukit Aman, Datuk Baharuddin Ahmad, yang bertukar ke Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, Bukit Aman.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri pula akan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Selain itu, katanya, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Alwi Zainal Abidin ditukar kepada Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku jawatan Deputi Komisioner Polis (DCP).

"Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunselling) Bahagian Agama dan Kaunselling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Ghazali Daud pula bertukar kepada Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunselling) JIPS Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noorsiah berkata, selain itu, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Perundangan) PDRM, Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof bertukar sebagai Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat DCP.

"Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Ulu Kinta, Perak, Datuk Abdul Razak Mohd Yusoff pula akan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang dengan memangku pangkat DCP.

"Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, Senior Asisten Komisioner Gilberd Philip Layang pula bertukar sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP," katanya.



PDRM


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.077981 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list