CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1550|Reply: 0

Penulisan buku seni warisan tekstil jadi sumber rujukan

[Copy link]
Post time 8-8-2022 09:40 PM | Show all posts |Read mode
Penulisan buku seni warisan tekstil jadi sumber rujukan


Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan melawat ruang pameran kesenian telepuk warisan Melayu selepas Majlis Pelancaran Buku Terbitan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) di Pustaka Raja Tun Uda hari ini.


SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mahu penulisan buku berkait seni warisan tekstil seperti sulaman kelingkan dan kain telepuk dijadikan sebagai sumber rujukan oleh generasi akan datang.

Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, penulisan seumpama itu adalah satu dokumentasi penting yang kini semakin sukar diperoleh kerana tiada pengusaha yang mahir untuk menghasilkannya.

"Tahniah kepada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dan warga kerjanya di atas kejayaan menghasilkan karya berkaitan warisan ketara dan tidak ketara yang bermutu serta memiliki nilai tinggi.

"Saya sangat menghargai inisiatif dan usaha murni PADAT serta semua yang membantu menghasilkan naskah sangat bermakna, penuh dengan ilmu yang bermanfaat terutama kepada Selangor," demikian titah ucapannya di Majlis Pelancaran Tujuh Buku Terbitan PADAT di Pustaka Tun Raja Uda Shah Alam, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan buku Kebaya Selangor, Penyelidikan Terkini Nisan Aceh di Selangor, Sulaman Kelingkan Melayu, Permainan Wau Kapal, Kesenian Telepuk Warisan Melayu Selangor, Tarian Piring Selangor dan Warisan Telepuk Alam Melayu.


Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (dua, kanan) menyampaikan buku kepada Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad selepas Majlis Pelancaran Buku Terbitan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) di Pustaka Raja Tun Uda hari ini.


Sebagai usaha penyebaran dan pengembangan ilmu, Tengku Permaisuri Norashikin juga berkenan supaya buku dilancarkan itu dapat dibaca oleh rakyat tempatan dan luar negara.

"Justeru, besar harapan saya agar kerjasama dapat dilakukan bersama agensi berkaitan koleksi buku ini, bukan hanya ditempatkan di perpustakaan dalam negara, malah dipromosikan di perpustakaan di luar negara

"Amat mendukacitakan sekiranya ilmu dan pengetahuan yang terkandung di dalam karya ini hanya tersimpan di rak tanpa dimanfaatkan masyarakat," titahnya.

Selain itu, Tengku Permaisuri Norashikin juga berkenan PADAT dapat merancang agenda untuk merakyatkan budaya dan warisan yang dahulunya pernah popular di Selangor.

"Contohnya, seni sulaman kelingkan yang dahulu tidak asing lagi dalam kalangan kerabat diraja Selangor selepas diperkenalkan oleh Tengku Ampuan Jemaah dan legasi itu diteruskan pula oleh Tengku Ampuan Rahimah, kini semakin jarang dilihat," katanya.

Tengku Permaisuri Norashikin berharap seni warisan dan tekstil itu dapat dipupuk kembali di negeri ini, selain ilmu diperoleh menerusi kajian itu dapat disebarkan kepada masyarakat melalui pameran dan sebagainya.

"Paling utama elemen kebudayaan dan warisan Selangor yang dikenal pasti ini sewajarnya dapat diangkat dan dijadikan sebagai identiti Selangor," titah

"Menjadi harapan saya juga agar kekayaan budaya, tradisi dan warisan yang dimiliki oleh masyarakat majmuk di Selangor dapat dijadikan sebagai wadah memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat," titah Tengku Permaisuri Norashikin.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... jadi-sumber-rujukan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.075777 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list