CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1480|Reply: 0

Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein telah melancarkan pembinaan kapal ronda KD Jerong pada 28 Julai 1975

[Copy link]
Post time 8-8-2022 04:55 PM | Show all posts |Read mode


Kemajuan industri maritim negara untuk berdikari telah pun dipelopori lebih awal apabila Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dengan bangganya telah melancarkan pembinaan kapal ronda KD Jerong di Limbungan Hong Leong Lurssen, Butterworth, Pulau Pinang pada 28 Julai 1975.


Ia merupakan peristiwa bersejarah apabila pertama kalinya kapal perang TLDM dibina di dalam negara. Limbungan Hong Leong Lurssen adalah kerjasama syarikat tempatan dengan firma perkapalan Lurssen, Jerman.


Dikategorikan sebagai kapal serang laju, kapal jenis ini merupakan evolusi baharu dalam angkatan laut pada dekad tersebut kerana faktor kelajuan, saiz selain kos operasi yang rendah untuk tugas rondaan dan pengawasan.


Kesemuanya enam buah kapal dibina di sini termasuk KD Todak, KD Paus, KD Yu, KD Baung dan KD Pari. Ia dilengkapi dengan dua laras meriam iaitu Bofors 57 milimeter (mm) dan Bofors 40mm.


Kapal-kapal ini berjaya disiapkan mengikut jadual dan diserahkan kepada TLDM dua  tahun kemudian. TLDM juga mengoperasikan lapan lagi kapal perang jenis sama tetapi dilengkapi peluru berpandu anti kapal iaitu Kelas Handalan yang dibina di Sweden dan Kelas Perdana buatan Perancis.




Penulis: Zaki Salleh

MalDef







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.046694 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list