SEBELUM ini, nama Nabila Razali sering dilabel sebagai penyanyi kurang berbakat.
Namun, daripada pemerhatian , Nabila sangat berusaha keras untuk meletakkan dirinya sebaris dengan penyanyi lain.
Semakin terbukti apabila dia muncul dalam satu video tular baru-baru ini memaparkan sedang mendendangkan lagu Tak Ingin Usai nyanyian asal Keisya Levronka.
Satu hal yang membuatkan ramai kagum ialah teknik nyanyiannya yang semakin pelbagai dan kemas.
Malah ada juga memuji Nabila mampu menyampaikan lagu tersebut lebih baik daripada penyanyi asal yang dikatakan sering terkucil dalam nyanyian.
“Sumpah sedap sangat. Dia berjaya menebus dirinya semula,” puji netizen.
“Suara dia sesuai dengan lagi begini, tak perlu menjerit atau tarik tinggi. Usaha yang bagus,” ujar seorang pengguna TikTok, mungkin Nabila perlu lebih bijak memilih genre muzik yang sesuai dengan suaranya.
Tak perlu menjerit atau tarik vokal tinggi sebab itu bukan tiket untuk bergelar penyanyi hebat pun
Pilih je lagu ikut range suara je. Tak perlu pon nak terpekik2. Indo ramai je penyanyi yang lagu sedap tapi tak terpekik2. So 90's nak terpekik2 ni. Zaman lagu terpekik2 dah berlalu dah.