CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 819|Reply: 3

[Dunia] Trump beri bayangan niat bertanding jawatan presiden AS

  [Copy link]
Post time 7-8-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Bulan lalu, Trump memberitahu New York Magazine bahawa beliau yakin boleh memenangi pilihan raya presiden 2024 jika memilih untuk bertanding semula.- REUTERS

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sekali lagi memberi bayangan bahawa beliau bercadang untuk bertanding semula jawatan presiden pada 2024.
"Saya selalu melakukan apa-apa perkara dua kali. Saya menang dua kali dan akan melakukan lebih baik pada kali kedua serta mendapat berjuta-juta undi berbanding pada 2016 dan memperoleh lebih banyak undi berbanding mana-mana presiden dalam sejarah negara kita setakat ini," kata Trump pada Persidangan Tindakan Politik Konservatif (CPAC) di Dallas, Texas pada Sabtu, sambil menambah "kini kita mungkin perlu melakukannya sekali lagi".

Bercakap mengenai pilihan raya pertengahan penggal pada November akan datang, Trump berkata Republikan perlu membuat janji menerusi kempen mereka bahawa ia akan "menutup sempadan, menghentikan gelombang jenayah, mengatasi kadar inflasi dan membuat pentadbiran Biden bertanggungjawab bagi segala," lapor Sputnik.


Bulan lalu, Trump memberitahu New York Magazine bahawa beliau yakin boleh memenangi pilihan raya presiden 2024 jika memilih untuk bertanding semula.
Trump berkata beliau sudah membuat keputusan dan akan membuat pengumuman sebelum atau selepas pilihan raya pertengahan penggal pada November.

Menurut The Washington Post, Trump mungkin mengumumkan keputusannya untuk bertanding seawal September, memandangkan pengumuman awal boleh membantu parti Republikan menguasai Dewan Perwakilan AS dan Dewan Negara.
Undian semasa Presiden AS Joe Biden telah jatuh ke paras terendah di tengah-tengah inflasi yang melambung tinggi, harga bahan api semakin meningkat, kadar jenayah yang tinggi, dasar imigresen yang liberal, serta dasar luar yang agresif.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2022 10:15 PM | Show all posts
aku suka jah trump jd US presiden biar meriah pentas donia
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Hoollla trump..lepas ni bertrumpet la ya
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KIM.K at 8-8-2022 07:26 AM

Bayangan apa terang2 media US panggil trumph Mr.President. Biden masih presiden
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.052638 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list