CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1748|Reply: 11

[Jenayah] Panas: 'Saya bayar RM19 juta pada orang Najib untuk hentikan siasatan terhadap Guan Eng'

  [Copy link]
Post time 6-8-2022 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 6-8-2022 07:12 AM


Kuala Lumpur: Seorang saksi utama kes perbicaraan Lim Guang Eng hari ini memberitahu Mahkamah Seksyen bahawa beliau membayar RM19 juta kepada orang tengah yang didakwa rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi menghentikan siasatan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ahli Parlimen Bagan.

Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 62, berkata, beliau lakukannya disebabkan beliau tidak mahu 'bersikap tidak mengenang budi' kerana Lim yang ketika itu Ketua Menteri Pulau Pinang, telah memberikannya projek terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6.34 billion.

Ketika pemeriksaan balas Gobind Singh Deo selaku peguam bela Lim, Zarul juga mengakui yang beliau sanggup melindungi Lim sehingga memberi rasuah kepada Najib, bagi menghentikan siasatan terhadap Lim atas projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang kontroversi.

Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata, 

beliau membuat bayaran RM19 juta menerusi seorang ahli perniagaan dikenali sebagai G. Gnanaraja yang didakwa dekat dengan Najib, bagi menghentikan siasatan rasuah tersebut terhadap Lim, berkaitan projek itu.

Menjawab soalan seterusnya yang ditanya oleh peguam itu, Zarul bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti sama ada duit itu benar-benar sampai kepada Najib atau tidak.

Gobind : Najib adalah perdana menteri dan ketua Barisan Nasional (BN) pada 2017. BN merupakan parti pembangkang untuk kerajaan negeri Pulau Pinang.

Zarul : Ya.

Gobind : Jadi kamu pergi dan bayar ketua mereka (BN) untuk lindungi Lim?

Zarul : Ya.

Bagaimanapun Gobind mempertikaikan bahawa perkara itu adalah mustahil dan tidak masuk akal untuk Zarul membayar Najib demi melindungi Lim, kerana menurut peguam itu, jika beliau (Zarul) mahu melindungi Lim, saksi itu tidak akan membayar Najib, kerana Najib adalah musuh politiknya.

Zarul kemudiannya mengatakan bahawa

ia adalah logik kepadanya, kerana pada masa itu beliau terdesak untuk memastikan Lim dilindungi dan kerajaan BN tidak akan buat apa-apa kepada Lim.

Gobind juga mencadangkan bahawa Zarul juga bersedia untuk berbohong dalam usaha menyelamatkan dirinya daripada diambil tindakan undang-undang ketika membuat kenyataan media pada 2018, yang beliau berkata tidak terdapat sebarang elemen rasuah dalam projek terowong bawah tanah itu, kerana ia dibuat secara sah.

Gobind : Bukti anda di mahkamah semalam bahawa anda telah berbohong pada sidang media, dalam usaha melindungi Lim adalah tidak benar.

Zarul : Anda perlu melihat kepada keseluruhan konteks. Saya telah diminta untuk membuat keseluruhan kenyataan.

Gobind : Jadi saya katakan, anda tentunya bersedia untuk berbohong untuk menyelamatkan diri.

Zarul : Saya tidak setuju.

Lim, 61, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.

Lim, juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm biasa #pembaris tak masuk komen
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Cost 6+ billion buat terowong.... Banyak bagi sana sini berapa cost sebenar buat terowong?.
Heaven jadi politician.... Dapat free begitu saja...kasihan taxpayers kena game dengan depa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul, memang jilaker si Lim Guanjeng nih.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasti sampai kpd najib.yg penting kena petik nama najib..lepas ni leh ratib najib najib najib yg penting lim gong jeng sama najib boleh sama sama merepot dlm penjara
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Gile betul merasuah dorang ni, mcm immortal tak mati gitu kekdahnya perangai memasing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiya ini telowong bawah laut bila mau siap, nabeh lah!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
merasuah melalui pihak ketiga ni payah nak dibuktikan..

lain la kalau duit masuk dlm akaun peribadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2022 09:42 AM | Show all posts
Masih tak paham lagi ke strategy persoalan si Gobind?

Rasuah si Zarul kat kononnya Pok Jib(yg kalah rayuan tu) tak ada kena mengena dengan kes mamat Lim Guan Eng

Tu antara si Zarul & Pok Jib(yg kalah rayuan tu)

Tapi ia timbulkan persepsi yang si Zarul ni sanggup merasuah & membohong untuk kepentingan dia - kes terowong ni dibina dengan hanya kenyataan si Zarul

Tak ada bukti lain (ie. bukti duit masuk ke akaun etc)
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Juta² mainan org² politikk
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 10:52 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi budaya bisnesman dgn politikus ni utk bagi 'komisen'.. padahal rasuah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.060188 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list