|
Edited by YgBenar at 6-8-2022 01:17 AM
Siapa kata kucing tidak boleh berperanan untuk menjaga keselamatan?
Seorang lelaki di Mississippi, Amerika Syarikat (AS) mengangkat kucing peliharaannya sebagai wira apabila membantu menghalang rumah dirompak, malah mungkin juga sudah menyelamatkan nyawanya, lapor Astro AWANI menukil rencana daripada Northeast Mississippi Daily Journal., seekor kucing seberat 9.1 kilogram, tinggal bersama pemiliknya, Fred Everitt di pinggir bandar Tupelo di Belden.
Semasa dua lelaki cuba menceroboh rumah mereka minggu lalu, si comel itu melakukan segala yang termampu untuk memaklumkan Encik Everitt tentang bahaya yang menanti, lapor Astro AWANI.
"Anda mendengar tentang anjing pengawal, tetapi kali ini kucing pengawal pula," kata beliau.
Cubaan rompakan berlaku di antara pukul 2.30 pagi dan 3.00 pagi pada 25 Julai, kata Encik Everitt.
Beliau pada mulanya, beliau dikejutkan oleh bunyi Bandit mengiau di dapur.
Kucing Calico itu kemudiannya berlari masuk ke dalam bilik tidur, melompat ke atas katil sebelum menarik selimut dan mencakar lengannya, lapor Astro AWANI.
Ketika itu, Encik Everitt tahu ada sesuatu yang tidak kena kerana ia bukan sikap kebiasaan Bandit, yang diambil sebagai peliharaan dari pusat perlindungan empat tahun lalu.
Encik Everitt bangun untuk menyiasat dan melihat dua lelaki berada di luar pintu belakangnya. Seorang mempunyai pistol dan seorang lagi sedang cuba membuka pintu.
Pesara berusia 68 tahun itu kemudian ke dapur untuk mengambil pistolnya, namun apabila dia kembali, penceroboh sudah melarikan diri.
Encik Everitt memaklumkan beliau tidak menghubungi polis untuk membuat laporan tentang kejadian itu.
"Keadaan mungkin menjadi buruk jika Bandit tidak mengejutkan saya dari tidur," kata Encik Everitt.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
https://berita.mediacorp.sg/gaya-hidup/kucing-hero-patahkan-percubaan-merompak-di-679946
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|