CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 0

Budak 10 Tahun Hilang Lepas Perahu Karam

[Copy link]
Post time 5-8-2022 08:22 PM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di sini awal pagi tadi.




Anak panah memaparkan lokasi kejadian perahu dinaiki empat sekeluarga karam di Sungai Rajang, Kuching hari ini.




Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.45 pagi apabila enjin perahu dinaiki empat sekeluarga itu menghadapi masalah.


“Enjin perahu mengalami masalah dan gagal dihidupkan menyebabkan perahu hanyut lalu melanggar tongkang yang berlabuh mengakibatkan perahu berkenaan karam.




Operasi mencari kanak-kanak hilang dilaksanakan di Sungai Rajang, Kapit hari ini.





“Ayah mangsa, Antas Agang bersama isteri dan salah seorang anaknya berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa, Jenggut Atas, 10, hilang dikhuatiri lemas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan membabitkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bersama anggota polis.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.083696 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list