Sumber IG
Penyanyi dan pengacara program CCTV yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria selama tujuh tahun ditamatkan pada Ramadan lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar Khairil Azam Pilus, 37, yang tidak memiliki sebarang pekerjaan tetapi menjadikan platform digital seperti YouTube dan TikTok bagi menjana pendapatan.
"Selepas Covid-19 memang cabarannya sukar. Selepas tujuh tahun saya membangunkan program CCTV, akhirnya program itu ditamatkan pada bulan puasa tempoh hari. Program itu ditamatkan sebab kita tahu situasi di televisyen ketika ini. Kalau kita tengok sekarang pun permainannya sudah berubah. Sekalipun anda selebriti dan nak berada lama dalam industri ini, maka kena buat dalam dua platform iaitu digital dan televisyen.
"Kita tengok sekarang ini pempengaruh media sosial tumbuh macam cendawan. Tak kira di mana platform pasti ada mereka ini. Jadi, sebagai seorang selebriti macam saya terkesan dan selepas program CCTV itu tamat saya memang tak ada kerja. Kalau kita mula dari sekarang untuk buat sesuatu dalam digital, kita akan rugi. Maksud saya, kita tak tahu akan datang industri ini punya permainan macam mana," katanya yang mula aktif di TikTok.
Katanya lagi, situasi itu memberi kesan dalam kehidupannya termasuk mengalami serangan kecelaruan keresahan tetapi dia bersyukur perkara itu tidak berterusan.
Bagaimanapun, dia tidak mempunyai pilihan selain terus bertahan dengan simpanan yang ada selain cuba mencari sumber pendapatan lain. - CARI
|