CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 674|Reply: 1

Sultan Johor Titah Pegawai Tentera Jangan Berpolitik Rebut Jawatan

[Copy link]
Post time 5-8-2022 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Sumber FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan pegawai tentera di negeri itu agar tidak terbabit dengan politik demi pangkat atau jawatan tertentu.



Menerusi laporan Utusan, baginda bertitah, bagi mengukuhkan Kor Gerak Khas, perancangan sumber manusia yang lebih tersusun mesti dibuat supaya pegawai pelapis berkualiti dapat dihasilkan secara berterusan.



Oleh itu, segala urusan kenaikan pangkat serta penempatan pegawai yang terlibat akan diteliti oleh baginda.



"Saya harap selepas ini, pihak Panglima Tentera Darat dan Panglima Gerak Khas jangan pandai-pandai buat keputusan kenaikan pangkat tanpa merujuk kepada saya dahulu.




Sumber FB



"enilaian akan dibuat mengikut merit dan bersandarkan kepada latar belakang serta prestasi pegawai berkenaan. Saya tidak mahu ada unsur pilih kasih atau mengikut kem tertentu.



"Saya suka ingatkan bahawa segala perjawatan dan pangkat yang telah diperuntukkan kepada Gerak Khas tidak boleh diberikan atau dipinjamkan kepada Kor lain,"  titahnya.



Baginda bertitah demikian ketika berangkat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-57 di Padang Kawad Markas 21, GGK, Kem Iskandar, Mersing.



Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim.



Sumber FB


Baginda turut bertitah menegaskan supaya tidak ada pihak yang memandang pasukan GGK sebelah mata.



"Jika ada pihak yang membelakangkan saya, maka saya rasa tidak perlu lagi untuk saya terus menjadi Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas," titah baginda. - CARI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ampun tuanku...harus berebut jawatan ...utk dapat anugerah kasut puluhan ribu tuanku....

Ampung tuanku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.053124 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list