CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100757|Reply: 705

Mizz Nina, Noh Salleh bercerai....

  [Copy link]
Post time 4-8-2022 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Mizz Nina, Noh Salleh bercerai?


Mizz Nina dan Noh dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak.


Kuala Lumpur: Pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.

Sumber Harian Metro berkata, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.

Difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada Mizz Nina tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak berbalas.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter @thentang membuat ciapan berkenaan perkara itu yang kemudiannya memetik nama penyanyi kumpulan Hujan itu selepas ditanya pengguna lain.

"Makin takut nak kahwin bila dengar orang cerai-berai ni. Hari ini (semalam) pasangan selebriti yang punyalah baik depan media bercerai pula pagi tadi dekat Mahkamah Gombak Timur. Tapi berita tak 'cover' pula.

Sebelumnya, akhbar ini melaporkan Noh, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh menafikan mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya yang bertebaran di media sosial pada 13 Julai lalu.

"Entahlah, tiada komen. Korang semua kena tipu…good luck (selamat berjaya)," katanya ketika ditemui media.

Kemudian, beberapa hari selepas itu Mizz Nina, 42, atau nama sebenarnya Shazrina Azman memuat naik hantaran di Instagram yang seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Masih mengunci mulut mengenai dakwaan rumahtangganya dengan Noh, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... noh-salleh-bercerai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2022 06:54 PM | Show all posts
Mesej tersirat Mizz Nina

MIZZ Nina. FOTO Arkib NSTP


Kuala Lumpur: Perkongsian Mizz Nina di media sosial yang seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar mengundang pelbagai reaksi netizen.

Masih mengunci mulut mengenai dakwaan rumahtangganya dengan penyanyi Hujan, Noh Salleh berdepan masalah, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina.

"Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah".

"Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita. Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif.

"Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan. Namun, mungkin juga menyebabkan anda tidak memperoleh ganjaran atau kebaikan pada masa akan datang.

"Membuat kebaikan mungkin kurang digemari atau disukai kerana sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan," tulisnya.

Penuh isi tersirat menerusi perkongsian panjang lebar itu, Mizz Nina turut menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT.

"Sesungguhnya, hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang terbaik dan kurang baik buat diri anda. Jadi, terima segala yang tertulis buat anda tidak kira sama ada anda melihat hikmah disebaliknya atau tidak.

"Satu hari nanti, anda pasti akan mengenang kembali dan bersyukur di atas apa ketentuan Allah buat anda. Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah SWT lebih mengetahui," tulisnya lagi.

Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Mizz Nina dan Noh bermasalah.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.

Noh baru-baru ini menafikan perkara berkenaan dan menegaskan bahawa dakwaan itu sebagai berita palsu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... -tersirat-mizz-nina

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sohih ka ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah noh. Kalau betul perangai gitu. u deserve it.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 06:58 PM | Show all posts
Edited by Incanto at 4-8-2022 06:59 PM

know know dah cerai already... betulke?

Semoga Mizz Nina bahagia dgn kehidupan solo bersama Musa. Allah sentiasa berada bersama mereka yg sabar
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul takziah la. Kalau betol ada bideo 18sx harap jadikan pengajaran, nape ek nak record? Nak buat only-fans ke, aji?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2022 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian mizznina! Smoga dia tabah ????
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Nina berbahagia bersama Musa  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mizz nina kuat hadapi dugaan ????
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 4-8-2022 07:03 PM
Kalau betul takziah la. Kalau betol ada bideo 18sx harap jadikan pengajaran, nape ek nak record? Nak ...

Iolls tertinggal train. Seriusla bongoknya noh ni klau betul
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:07 PM | Show all posts
Makin takut nak kahwin bila dengar orang cerai-berai ni. Hari ini (semalam) pasangan selebriti yang punyalah baik depan media bercerai pula pagi tadi dekat Mahkamah Gombak Timur. Tapi berita tak 'cover' pula


apa punya stetmen la... dah berkurun manusia kawen cerai kawen cerai dekk. perkahwinan celebrity jugak jd panduan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah . Takpe MN. Dah ada anak sorang .. biarkan noh dgn musim
Hujan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:15 PM | Show all posts
Moga MN tabah
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah iol doakan mz smkin tnang, bahagia dgn anak dan Allah prtemukn sheol dgn jodoh baru yg sekufu dan mnuju jln Allah spt dirinya insya allah aaminn. Kpd ex nya, you deserve it
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak tahan la tu bodo noh dpt bini fully pakej nk gak mantek lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
yihh lambat sgt reput pun.. dah blk keje. esok la iols cek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jodoh takat tu je
Moga baik² aje
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:22 PM | Show all posts
sedih gila..baru je happy2 ambik ank angkat..mmg btul la cerai sbb pemikiran dah tak sama.
sorg nk more to agama. sorg msih nk terkinja2 huha huha bersosial. 10 thun sblm ni dk tahan tahan..igtkn bila ambk anak bleh solve, tp last2 cerai jgk...smoga mizz nina kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Smoga dipermudahkan urusan mizz nina..drpd makan hati dan paksa diri..baik cerai je..bawa haluan masing2..dia xrugi apa2 pun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2022 07:25 PM | Show all posts

sila baca ISI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.069687 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list