CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1361|Reply: 8

Pelanggan Maki Penjual Online- Baru Je Buat Payment, Terus Gelabah Nak Tudung Cepat

[Copy link]
Post time 4-8-2022 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Ciapan seorang peniaga tudung yang dikenali sebagai Eyma tular, di mana dia berasa kecewa apabila ada pelanggan menghamburkan kata-kata kesat tanpa memahami situasi sebenar.


“Marahnya I bila orang main sial-sial macam ni? She's order 29 hari bulan, pukul 5 pagi dan I post parcel dia 29 petang.


“I tengok courier pick up 30 hari bulan pagi. Dia order from website which kita dah bagi email bersama SMS tracking number.


“Kita dah bagitahu juga IG (Instagram) offline pada Sabtu dan Ahad,” ciapnya di Twitter sambil mempersoalkan di mana kesilapan yang berlaku sehingga pelanggan itu sanggup memakinya.


Foto: Twitter




Dia juga memuat naik tangkap layar mesej yang ditinggalkan pelanggan di platform e-dagang kendaliannya selain di laman IG.


Bercerita lanjut mengenainya, Eyma berkata, individu terbabit membuat pembelian di laman web namun disebabkan tidak puas hati serta menyangkakan diri ditipu, dia bertindak meninggalkan mesej di semua platform media sosial yang digunakan untuk berniaga.


Difahamkan individu terbabit membuat pembelian sehelai tudung berwarna putih yang berharga RM95.




  



Menyusuri mesej yang ditinggalkan, dia mendakwa Eyma tidak membuat pengeposan walaupun sudah beberapa hari pembelian dilakukan.


Malah dakwanya, Eyma bukan sahaja tidak membalas mesej yang ditinggalkan tetapi cuba memanipulasikan duit bayaran kerana item berharga hampir RM100.


Dia juga meminta supaya duitnya dipulangkan kembali.


Terdahulu, ciapan Eyma tular di laman Twitter dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.


Sikap berang dan kata-kata cacian yang ditonjolkan pelanggan terbabit membuatkan orang ramai hilang sabar dan bersimpati dengan Eyma.


Ada juga yang membuat tanggapan dia baru pertama kali membeli tudung mahal sehingga tidak sabar untuk menerimanya.


“Sampai DM (mesej) semua tempat tu. Ini petanda orang ada masalah hati. Tak menyempat nak pakai tudung cantik you tu sis, dia ingat servis kurier pakai santau angin?


“Ni kes order last minute sebab nak nikah. Tu yang gelabah.


“Aku sebenarnya tak faham spesis manusia yang tak menyabar beli online kemudian memekak DM (direct message) seller siap maki ni. Kau kalau jenis tak boleh sabar, pergi mana-mana pasar malam beli tudung yang kau nak tu.


“Don’t expect online purchase sampai dalam masa sehari dua. Kalau nak cepat beli dekat kedai. Semestinya mahal jika dibandingkan dengan online.


“Pertama kali beli barang mahal-mahal kat Shopee? Orang beli barang motosikal habis RM2,000 - RM3,000 rileks ja, order Shopee lambat deliver... ada siap cancel sebab tak ada stok setelah lima hari tunggu,” ujar beberapa netizen.


Bagaimanapun terdapat juga segelintir warganet yang mengaitkan sikap pembeli tersebut dengan tempat tinggalnya.


Ia berikutan alamat yang disertakan di dalam tangkap layar menyatakan dia berasal dari Melaka yang terkenal dengan jolokan ‘bahasa kasar’.


“Melaka haha. Takutlah bila orang Melaka marah.


“Dia ingat order Foodpanda... salah aplikasi ni. Carut-carut tu orang Melaka normal, jangan pertikai nanti kena ratio.


“Oh Amira ni orang Melaka memang suka sial-sial ni. Kau sialkan dia balik kak. Dia kisah apa hahaha. Reply bagi penjelasan tapi sial tu kena tambah gak bagi cukup rasa,” luah sekumpulan warganet.


Dalam pada itu, terdapat juga komen balas yang menyatakan pernah berdepan situasi seumpama itu berikutan pelanggan tidak memahami corak pembelian secara online. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 04:47 PM | Show all posts
another tactic utk upkan sale sndiri



Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 05:01 PM | Show all posts
Baru semalam cakap psl bisnes online kat CI puas aku maki seller online yg pprt hati ni isu pasal customer online pulak. Harapnya bukan gimiklah mcm kata forumer di atas
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 05:14 PM | Show all posts
Business online dah mula lembab tak hairan kalau keluar cerita macam tu.  Buat yang nak pakai cepat elok gi beli sendiri kat kedai je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia order kat shoppee ek..
Kau update ko weekend offline kat shopee x?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:22 AM | Show all posts
nanti kena ratio?  apa maksud ratio dalam ayat ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh mcm anak aku plak. Baru bukak apps shop** nk order, dia tanya dh sampai ke?
Anyway, aku syak dia nak pakai untuk majlis kot. Tu yg nebes bila seller lmbt pos
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
I tgj sakit hati btl dengan shopee express. I order barang hari isnin (1/8), seller shipped 2/8. I sampai harini 5/8, dah 3 hari, status stuck dekat ‘parcel has departed sorting facility’. Eh, gila btl, dah 3 hari x sampai lagi hub kl/selangor. Nak out for delivery apentah lagi.

I chat dengan live agent, dia boleh cakap ‘estimated date is 8/8, so within timeline. Please be patient’. Sakitnyaa hati.

Yang buat i sakit hati, kat shopee kita tak boleh pilih preferred courier. Dari 8 brg i order, 1 dapat kat j&t, 2 dhl, lagi 5 shopee express. Barang J&t and DHL, dah dapat. Barang shopee express, 1 pun x dpt lagi. Gerammmm btl. Nak complaint pun dia buat x layan je. Rasa nak boycott shopee, tapi xtau nak online shopping kat mana dah lepas ni. Stress btl.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah Kene beberapa thn lps.. transfer kul 1 pg..srh pos ms tu gak.. aku ckp je dah x de keje nk p pejabat pos x buka lg..ssh2 refund je la.. ehh x nk pulak.. aku ckp kalo x nk tunggu je esok pg pejabat pos buka aku p pos .kalo desak lg mmg aku refund je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.053395 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list