CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1470|Reply: 7

Dah Kena Spray 'Rumah Suka Bising' Pun Tak Ada Perasaan, Buka TV Macam Orang Pekak!

[Copy link]
Post time 4-8-2022 08:35 AM | Show all posts |Read mode
Kebiasaannya kes simbahan cat merah pada kereta atau rumah sinonim dengan sindiket Ah Long bagi tujuan menakut-nakutkan mangsa.


Berbeza dengan nasib penghuni rumah di sebuah pangsapuri ini apabila dinding rumahnya disembur cat berwarna ungu yang  tertera perkataan 'rumah suka bising'.


Situasi berkenaan dikongsikan menerusi satu video dimuat naik pengguna TikTok yang juga ejen hartanah, Muhammad Ridwan Ibrahim @ Zahari semasa berkunjung ke rumah pelanggannya di sebuah pangsapuri di Sungai Chua, Kajang, Selangor pada Isnin.




TikTok




Pemuda berusia 30 tahun itu berkata, pelanggannya yang tinggal berhampiran rumah semburan cat ungu berkenaan merancang untuk menjual unitnya dan kehadirannya pula adalah bagi melakukan pemeriksaan sebelum mencari bakal pembeli.


"Klien saya tinggal berjiran dengan rumah yang kena spray (sembur). Masa di luar rumah, saya terdengar bunyi bising dan tercari-cari punca daripada mana ia datang.


"Kemudian saya dengar bunyi bising tu dari rumah seorang jiran. Masa tu baru pukul 11.30 pagi. Patutlah rumah tu kena spray, memang bising," katanya kepada mStar.


Berpengalaman sebagai ejen hartanah selama tiga tahun, Ridwan berkongsi rasa simpati terhadap jiran-jiran sekeliling termasuk pelanggannya yang terpaksa menahan diri daripada bunyi bising seperti itu.


"Selain buat pemeriksaan dalam rumah, saya juga buat rondaan di kawasan sekitar untuk lihat keadaan perumahan dan kemudahan parkir.


"Apabila datang dekat rumah bising tu, saya sangka orang bujang tinggal. Tapi ia dihuni satu keluarga sebab boleh dengar suara kanak-kanak," ujarnya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.


Menurut bapa kepada dua anak itu, kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku yang melibatkan rumah jiran bising ketika melakukan pemeriksaan.


"ernah sekali di flat di Cheras, saya sedang bawa potential buyer untuk tinjau sebuah rumah. Baru nak naik tangga, kami dah boleh dengan bunyi bising lagu yang dipasang sangat kuat.


"otential buyer kemudian tak berminat untuk beli. Walaupun tak diberitahu puncanya, tapi berdasarkan pengalaman, salah satu sebab kerana bunyi bising daripada rumah jiran.


"Sebagai ejen, ada selling value untuk jual rumah. Selain kemudahan, aspek ketenangan juga penting. Macam mana buyer nak hadap 10 atau 20 tahun lagi kalau bunyi bising berterusan. Pemilik pun susah nak jual rumah kalau jiran suka buat bising," tambahnya.


Malah kata Ridwan, dia menyedari rumah pelanggannya di Kajang melakukan pengubahsuaian dengan pemasangan pintu dan tingkap yang lebih kedap bunyi.


"Sepatutnya apabila hidup di kawasan perumahan berstrata, kena ada common sense dan respect jiran. Kalau jiran tak tahan bunyi bising, akan jadi macam ni la sampai rumah kena spray.


"Tapi saya rasa penghuni 'Rumah Suka Bising' tu memang jenis keras hati dan tak peduli. Sebabnya rumah dah kena spray pun masih tetap buat bising," ujarnya.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan perasaan geram mereka yang pernah berdepan situasi sama membabitkan jiran.







"Kenapa dia tengok televisyen macam orang pekak? Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40


"Bukan setakat flat, rumah teres pun ada macam ni. Buka radio, main alarm kereta sampai nak satu taman dengar!


"Aku ada jiran yang jenis terpekik terlolong marah anak setiap masa, sangat mengganggu kehidupan seharian," kata beberapa netizen.


Bagaimanapun Ridwan menolak persepsi segelintir netizen di ruangan komen yang melabelkan tindakan penghuni rumah flat tersebut sebagai mentaliti golongan B40.


"Tak boleh nak salahkan golongan B40, sebenarnya ini sikap individu. Ada je rumah landed yang dihuni M40 pun buat bising sehingga mengganggu jiran-jiran.


"Tapi disebabkan sikap individu yang tak ada common sense inilah memburukkan golongan B40. Individu itu sendiri yang perlu ubah dirinya, bukan komuniti sekeliling," katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 09:34 AM | Show all posts
uii kuat gila
lama2 dari tak pekak boleh jadi pekak
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba berjiran dgn kelly..dua kali berjiran dgn geng chola memang mereng sukanpasang radio tv kuat kuat bingit..bercakap kuat kuat mcm org pekak
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 10:05 AM | Show all posts
kena cek tu...kdg2 bukak kuat2 gitu utk elakkan dgr suara bdk nangis...takut la ada unsur2 dera bdk ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin dia memang pekak kot?

Saya ada saudara yang memang agak pekak kalau dengar radio ke tonton TV ke memang tinggi volumenya.
Mungkin orang tu tak sedar yang dia kirang pendengaran so....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 10:26 AM | Show all posts
jalfa replied at 4-8-2022 09:39 AM
Cuba berjiran dgn kelly..dua kali berjiran dgn geng chola memang mereng sukanpasang radio tv ku ...

iolss pernah berjiran dengan dorg. lorong sebelah menyebelah sebenarnya. satu lorong tu ada 12 buah rumah. separuh dari tu bangsa dorg yg duduk.
ktorg 'lucky' kot sebab dorg bukan jenis yg bising2. just2 tetiap maghrib salah sorg tu slalu bakar kemenyan (?). kuat jugak la bau dia. pastu acik ni slalu mintak daun pokok mangga rumah iolss.

ada sorg 'atok' dorg ni jadi macam ketua apa ntah. kira macam imam la kot. nanti ada la satu malam tu ada perarakan, lalu n benti depan rumah atok tu. masa berarak tu bising la sikit. macam berarak masa thaipusam. ada kavadi. dengan lampu lip lap nya. ktorg yg malay ni ikut tengok sama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2022 10:56 AM | Show all posts
Hazabnya dapat jiran macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 08:49 PM | Show all posts
jalfa replied at 4-8-2022 09:39 AM
Cuba berjiran dgn kelly..dua kali berjiran dgn geng chola memang mereng sukanpasang radio tv ku ...

kawasan perumahan kami, yang lama, majoriti melayu, satu family je diorang kat situ terselit.

tapi diorang la paling bingit. asal waktu malam je, bapak dia mabok. menjerit-jerit marah anak bini. satgi dengar anak dia kena bantai menangis-nangis. SETIAP HARI. anak dia tu, satu sekolah dulu. dari kecik sampai besor, nasib baik tak gila. dulu2 takde talian NUR bagai ni nak report kes dera. dah bapaknya pun polis.. haih.. bingit..

lepas tu kami pindah rumah ke kawasan desa sikit, pencen.

boleh kata 20 family melayu, satu je lain.
kawasan perumahan sunyi ja, tapi diorang satu rumah riuh rendah.
selalu buat open house, jemput orang diorang datang. bising weyyhh. very inconsiderate
dah la banyak kereta datang, pastu diorang suka hati parking depan gate jiran, atau double park, park tutup jalan, etc.

ada satu masa tu, dia bukak khemah besar tengah jalan. canopy tu pulak ada hiasan berjuntai-juntai.
bila kereta lalu bawah canopy tu, hiasan tersangkut kat bumbung kereta.
lori lain, hatta lori kutip sampah semua kena reverse sebab tak lepas nak lalu. what is this behavior laa. selfish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.401855 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list