CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1515|Reply: 2

Ada orang tidak mandi 22 tahun atas sebab berikut…

[Copy link]
Post time 3-8-2022 04:15 PM | Show all posts |Read mode


BIHAR: Dharamdev Ram yang tinggal di kampung Baikunthpur, daerah Gopalganj menjadi perhatian media selepas dilaporkan tidak pernah mandi sejak 22 tahun lalu.

Dia dilaporkan berikrar tidak mandi sehingga jenayah terhadap wanita, pertikaian tanah dan pembunuhan haiwan yang tidak bersalah berhenti sepenuhnya.

Dalam temu bual dengan ETV Bharat, Dharamdev Ram menceritakan pada 1975, dia bekerja di kilang di Jagdal, Bengal, berkahwin pada 1978 dan menjalani kehidupan normal.

Namun pada 1987, saya tiba-tiba menyedari bahawa pertikaian tanah, pembunuhan haiwan dan kekejaman terhadap wanita semakin meningkat.

“Jadi, untuk mencari jawapan, saya mendekati seorang ‘Guru’ yang mengambil saya sebagai muridnya dan memberi inspirasi kepada saya untuk mengikuti jalan pengabdian diri.

“Sejak itu, saya menuju ke jalan pengabdian dan mula bermeditasi untuk Dewa Rama.

Pada 2000, Dharamdev meletak jawatan dan kembali ke rumah, tetapi di bawah tekanan keluarga, dia kembali ke kilang untuk bekerja semula.

Namun dia dipecat oleh pengurus kilang selepas mendapat tahu tentang ikrarnya untuk tidak mandi.

Dharamdev, 40, memberitahu biarpun dia melalui pelbagai pengalaman dan kesukaran sepanjang dua dekad ini, namun dia tetap berpegang kepada ikrarnya.
Dia tidak membenarkan setitik air pun menyentuh tubuhnya walaupun selepas kematian anak dan isterinya.

Paling mengejutkan orang ramai ialah dia tidak mengalami sebarang kesan buruk dari segi kesihatan, malah dia tidak mengalami sebarang penyakit dan badannya sentiasa kelihatan baik.


https://sarawakvoice.com/2022/08/03/ada-orang-tidak-mandi-22-tahun-atas-sebab-berikut/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai. Kita tak mandi sehari pun rasa rimas dan lekit.
Kecuali duduk di negara sejuk...boleh le 3 hari tak mandi sebab tak berpeluh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 09:55 PM | Show all posts
ikrar x mandi dia tu, oklah, murni tp xleh imejin camana la bau dia dah berpuluh tahun lgsg x mandi. klu Negara sejuk tu mgkn ok lg, ni Negara yg pns kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.052614 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list