CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1140|Reply: 0

Kereta kegemaran Puteri Diana bakal dilelong

[Copy link]
Post time 3-8-2022 09:20 AM | Show all posts |Read mode

Kereta ini hanya dipandu sejauh 40,233 kilometer. - Silverstone Auctions/Triangle News

Kereta kegemaran Puteri Diana bakal dilelong

LONDON – Kereta kegemaran mendiang  Puteri Diana, Ford Escort RS Turbo yang telah diubah suai oleh syarikat pengeluarnya sekitar tahun 1985 hingga 1988, akan dilelong pada harga dijangka mencecah ratusan ribu pound sterling, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Menurut firma lelongan automotif Silverstone Auctions, kereta tersebut hanya dipandu sejauh 40,233 kilometer.

Syarikat dari Warwickshire, England itu juga yakin bahawa harga jualan yang akan berlangsung pada 27 Ogos ini mampu mencapai enam digit.

Menurut jurucakap Silverstone Auctions, pasaran amat menyukai model-model awal bagi kereta jenama Ford RS.

“Kebiasaannya, kereta-kereta milik keluarga diraja yang dilelong adalah daripada jenama seperti Rolls-Royce atau Range Rovers.

“Justeru, kami amat teruja kerana dapat menawarkan kereta jenis hatchback sport daripada  kelas golongan pekerja.

“Ia adalah sesuatu yang menarik kerana kereta Escort RS Turbo yang sinonim dengan wanita berkasut tumit tinggi putih dari Essex ini dimiliki oleh wanita paling glamor di dunia,” katanya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... ana-bakal-dilelong/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.497324 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list