CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1890|Reply: 11

Makan tiram mentah, risiko keracunan makanan

[Copy link]
Post time 1-8-2022 11:55 AM | Show all posts |Read mode

Tiram mentah.

Makan tiram mentah, risiko keracunan makanan

PETALING JAYA – Tular baru-baru ini di dalam media sosial hidangan tiram (oyster) mentah sehingga menjadi ‘buruan’ orang ramai untuk mencuba menu tersebut.

Namun, tiram mentah sebenarnya boleh mengundang risiko keracunan makanan memandangkan ia berasal dari laut dan terdapat bakteria vibrio parahaemolyticus di situ.

Menurut hantaran di laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Labuan, bakteria ini termasuk dalam bakteria patogenik penyebab keracunan makanan.

“Bilangan bakteria ini akan bertambah banyak ketika suhu air meningkat (yang pasti di Malaysia suhu adalah panas).

“Malah, bakteria ini boleh membiak pada kerang-kerangan moluska termasuklah tiram.

“Apabila ia dimakan mentah atau separuh masak, keracunan makanan boleh berlaku,” katanya pada hantaran itu.

Selain bakteria, penyimpanan tiram juga penting kerana perlu disimpan dalam suhu sejuk selepas penangkapannya.

Katanya, suhu penyimpanan yang sejuk amat penting bagi mengekalkan kesegaran agar ia tidak cepat rosak.

“Anda perlu ambil berat risiko makan tiram mentah, boleh mengalami keracunan makanan di antara 12 hingga 24 jam selepas makan dan berakhir tiga hingga tujuh hari.

“Simptom keracunan makanan adalah seperti cirit-birit, sakit perut, muntah dan demam,” jelasnya.

Justeru dinasihatkan untuk masak tiram dengan sempurna bagi mengelak keracunan makanan. -KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... -keracunan-makanan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 12:22 PM | Show all posts
Mr bean makan kena cirit birit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
half cooked pun ada yg blh kena cherry berry apa lg yg mentah, kaka plk klu mkn half cooked bkn kena cherry berry tp naik eczema satu bdn maka jauhkan ajelah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 09:32 AM | Show all posts
kalau beli kat NSK jenis hidup berendam dalam air tu agak-agak okay tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berani nak makan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 08:36 AM | Show all posts
sedap pe makan fresh pastu cicah sos tobasco with perah lemon.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2022 10:30 AM | Show all posts
Benda viral.. lg ditegur lg ramai makan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 09:51 AM | Show all posts
jaj@ replied at 23-8-2022 10:30 AM
Benda viral.. lg ditegur lg ramai makan..

lau pi TikTok pi cari juliapurnama54
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2022 09:00 PM | Show all posts
haritu tengok ada youtuber ajak subscriber dia cari tiram.. makan on the spot.. siap bawak lemon

aku suka bakar aje..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 10:51 AM | Show all posts
I pernah makan dulu dekat buffet hotel. Nak try. Letak perahan lemon and tabasco sos tu. I amik 3 ketul. Kawan i kata, terus telan, tak payah kunyah.

Sudahnya, lagi 2 tu kawan i yang makan. Cukuplah ada pengalaman makan tiram. Kalau orang tanya pernah makan ke tak, boleh jawab pernah. Kalau ada yang tanya sedap ke tak, i boleh jawab IKUT TEKAK SENDIRI.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum berani nk cuba yg mentah2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 04:57 PM | Show all posts
rasa macam makan kerang ke? xpenah berani nak cuba dan xberminat..tp orka2 selalu mkn fresh oyster kan perah lemon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.122577 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list