CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 650|Reply: 0

Kasma ungguli MSBK

[Copy link]
Post time 31-7-2022 02:53 PM | Show all posts |Read mode

Kasma bersama trofi kejuaraan.

KUALA LUMPUR: Pelumba pasukan Yamaha GEN BLU Racing Team, Kasma Daniel Kasmayuddin muncul juara dalam perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) musim ini bagi kelas 1000cc A di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Kasma yang bermula di petak pertama memimpin perlumbaan sejak awal dan berjaya menjadi yang pertama melintasi garisan penamat dengan catatan 21 minit 31:844 saat (s).

"Walaupun saya gembira dengan kejayaan ini, namun saya mempunyai cabaran yang lebih besar iaitu Kejuaraan Motosikal Asia FIM yang akan berlangsung di Sugo.

"Say anggap perlumbaan hari ini sebagai latihan sebelum berlumba di peringkat Asia.



"Menerusi perlumbaan ini, saya dapat mengenal pasti pelarasan sesuai untuk jentera selain meningkatkan lagi prestasi tunggangan saya. Sudah pasti kejayaan ini meningkatkan lagi tahap keyakinan saya bagi cabaran perlumbaan yang seterusnya," kata Kasma.

Aksi kelas 1000cc menyaksikan pelumba berpengalaman negara, Azlan Shah Kamaruzaman dari Horizon Racing Team menamatkan saingan di kedudukan kedua manakala Ahmad Daniel Haiqal ketiga.

Sementara itu, persaingan bagi kategori kelas 1000cc B menyaksikan pelumba MOBILUB Suzuki Racing Team, Khoo Chee Yen muncul juara mengatasi Muhd Syukri Mat Zoki dari ESRA Racing Team kedua dan Raja Nazeem Iskandar ketiga.

Saingan kelas 600cc diungguli pelumba Boon Siew Honda Racing Team, Khairul Idham Pawi diikuti rakan sepasukan, Azroy Hakeem Anuar manakala Muhd Ibrahim Mohd Norrodin dari SIC Racing Team ketiga.
https://www.bharian.com.my/sukan ... /kasma-ungguli-msbk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.059306 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list