CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1632|Reply: 0

Aksi Komando 69, Tiger Platoon curi tumpuan

  [Copy link]
Post time 30-7-2022 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Aksi Komando 69, Tiger Platoon curi tumpuan
MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL | | 30 Julai 2022




Salah seorang anggota Komando 69 PDRM ketika mempamerkan aksi terjun payung di Dataran Merdeka.


KUALA LUMPUR - Aksi bertenaga unit elit Komando 69 dan Tiger Platoon mencuri mempamerkan teknik terjun payung serta demonstrasi serbuan terhadap markas penjenayah memukau penonton sempena Road March Program Peringatan Hari Polis ke-215 di sini pada Sabtu.


Turut tidak ketinggalan, anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mempamerkan kemahiran mengendali motosikal berkusasa tinggi dengan melakukan beberapa aksi berbahaya seperti 'wheelie', mengelak halangan, dan menunggang dalam formasi.


Ratusan warga kota membanjiri Dataran Merdeka sejak awal pagi kerana tidak mahu melepaskan peluang menerima diskaun saman trafik sebanyak 50 peratus yang ditawarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Road March tersebut.


Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat menyaksikan aksi pelbagai unit di dalam PDRM.


"Inisiatif begini memberi kelainan dalam kalendar sambutan peringatan Hari Polis pada tahun ini yang menjadi salah satu usaha PDRM mendekati masyarakat selari dengan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


Turut hadir memeriahkan program adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay; dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim.





Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... latoon-curi-tumpuan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.364629 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list