CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 802|Reply: 3

Wanita tidak mandi 10 hari kerana yakin wangi, jimat air

[Copy link]
Post time 28-7-2022 07:50 PM | Show all posts |Read mode

Jane memberitahu mandi adalah bukan keperluan harian dan dia tidak berbau busuk. - TikTok

Wanita tidak mandi 10 hari kerana yakin wangi, jimat air

WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) yakin bahawa dia tidak menghasilkan bau badan meskipun tidak mandi selama 10 hari, lapor portal berita MailOnline semalam.

Graduan Universiti Negeri Washington, Ayden Jane,  23, mendedahkan perkara tersebut menerusi perkongsian video di laman TikTok yang akhirnya menjadi tular.

Jane berkata, dia  berkongsi video tersebut untuk membuktikan bahawa seseorang tidak perlu mandi untuk kelihatan cantik.

“Saya adalah bukti hidup bahawa anda tidak perlu kerap mandi untuk kelihatan dan berasa sihat,” katanya dalam rakaman itu yang menyaksikan dia mempamerkan rambut dan badan yang tidak dicuci selama 10 hari.

Video itu mencatatkan lebih tiga juta tontonan, namun mengundang pelbagai komen negatif.

Malah, Jane turut dikecam netizen yang terkejut dengan pengakuannya dan menggelarnya  sebagai ‘gila.’

Kata wanita itu, dia tidak perlu kerap mandi kerana rambutnya tidak berminyak selepas menggunakan jenama  jenama syampu tertentu.

Jane juga mendedahkan bahawa dia menggunakan deodorant anti-peluh setiap hari untuk kekal segar dan tidak berbau busuk.

“Saya berpendapat lebih baik untuk alam sekitar jika kita kurang mandi kerana air adalah sumber yang berharga.

“Melainkan jika anda melakukan kerja buruh dan banyak berpeluh, anda mungkin perlu mandi setiap hari,” tambahnya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... in-wangi-jimat-air/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 12:36 AM | Show all posts
pengotornya…  euwww sangat…
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
cuba duduk Malaysia.. confirm ko sendri fengsan dgn bau badan sendri kalau tak mandi 10 hari
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 04:59 PM | Show all posts
Euwww dia mungkin selesa tapi tidak orang sekelilingnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.691240 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list