CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2297|Reply: 8

Awas, 8 Kartun Selit Unsur L*BTQ!

  [Copy link]
Post time 28-7-2022 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Gambar hiasan.


Kanak-kanak dan kartun sememangnya sukar dipisahkan. Sudah menjadi kebiasaan bagi anak-anak yang sedang membesar berhibur dengan menonton cerita animasi kegemaran mereka.



Pun begitu, tanpa disedari ada beberapa kartun yang secara halus menyelitkan unsur L*BTQ dalam rancangan berkenaan.



Memetik laporan Sirap Limau, berikut adalah lapan kartun kanak-kanak yang perlu dipantau agar anak-anak tidak hanyut dengan kontern tersebut.



1. My Little Pony





Walaupun cerita ini tidak digemari oleh kanak-kanak lelaki tetapi ia menjadi salah satu 'favourite' kanak-kanak perempuan hinggakan ada yang menggunakan pelbagai barangan seperti beg sekolah dan alat tulis dengan gambar karakter kartun ini.



Pun begitu, menerusi episod The Last Crusade, terselindung juga jarum halus menyuntik agenda L*BTQ apabila ada watak pasangan sejenis dikenali dengan watak Aunt Holiday dan Auntie Lofty, ibu saudara kepada Scootaloo.



2. Jurassic World Camp Cretaceous





Peminat dinosaur lebih banyak dari kalangan kanak-kanak lelaki tetapi ada juga anak perempuan yang sukakan cerita berlatarkan pengembaraan ke zaman purba membabitkan dinosaur.



Bagi tayangan musim pertama dan musim kedua, paparan jalan cerita tidak ada sebarang masalah untuk tontonan kanak-kanak kerana ada banyak jenis dinosaur yang diperkenalkan.



Bagaimanapun, masuk sahaja musim ketiga, secara perlahan-lahan memaparkan percintaan pasangan sejenis sehinggalah pada musim kelima ada babak bercium antara watak perempuan Yaz dan Sammy.



3. Peppa Pig





Rasanya, ramai yang tahu mengenai kewujudan kartun Peppa Pig ini. Kartun dengan 'accent' British ini juga dicadangkan oleh ramai ibu bapa sebagai salah satu kartun yang dapat mengajar anak belajar Bahasa Inggeris serta adab.



Namun, desakan peminat Peppa Pig yang menyeru memperkenalkan keluarga L*BTQ kepada rancangan televisyen menyebabkan wujudnya babak Peppa yang seekor 'piglet' dikatakan 'dating' dengan Suzy Sheep.



Desakan tersebut adalah disebabkan tidak mahu kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa sejenis rasa terasing.



4. Buzz Lightyear





Cerita yang menampilkan Chris Evans sebagai suara latar Buzz Lightyear menimbulkan kontroversi dan tidak ditayangkan di 14 buah negara di Asia dan Timur Tengah termasuklah Malaysia.



Ada babak bercium sesama jantina dalam cerita ini. Walaupun tidak lama tetapi akan ada kesan kepada kanak-kanak yang menonton.



Adegan berkenaan membabitkan kawan baik Buzz, Alisha Hawthorne bercium dengan 'isterinya'.



5. Sailormoon





"Dengan kuasa bulan, akan menghukummu!"



Sesiapa sahaja yang pernah menonton animasi ini pasti tahu dialog popular daripada kartun Sailormoon.



Bagaimanapun, andai diperhatikan dengan teliti, Sailor Uranus adalah seorang lesb**n. Dia menyorokkan kecenderungan seksualnya dengan mengatakan sepupu kepada Sailor Neptun.



6. The Simpsons





Kartun berwarna kuning ini cukup terkenal dengan 'ramalan' yang bakal terjadi pada masa hadapan.



Namun, cerita kartun ini terlalu banyak kontroversi dan mempunyai pengaruh cukup besar dalam perkembangan golongan 'gay' khususnya di Amerika Syarikat.



The Simpsons juga adalah kartun pertama yang memaparkan babak perkahwinan sesama jenis.



7. The Legend Of Korra





Watak utama sendiri iaitu Korra adalah lesb**n. Korra jatuh cinta pada Asami yang juga seorang perempuan.



Siap ada babak romantik berpegangan tangan sambil bertentang mata menunjukkan mereka saling terpaut.



8. Adventure Time





Ini juga adalah antara kartun yang menjadi kegemaran kanak-kanak.



Bagaimanapun, sedar atau tidak, siri Cartoon Network ini menceritakan kisah percintaan antara Puteri Bubblegum dan Marceline. -CARI




























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 05:00 PM | Show all posts
Watak kartun ni dpat cacar monyet tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntahla
Karton pn dr sane sume kan

Tbh skang nk carik cite dr luar yg  Xde unsur ni sgt ssh
Dieorg nk normalisasikn bende ni
Klo xsuke tros dicop homophobic
Transphobic n etc

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lehhh.. hero dalam citer disney mulan tu dah terang2 bisexual. Masa mulan jadi jantan pon dia terliur, jadi perempuan pon dia onz..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 09:49 AM | Show all posts
laaa aku inatke princess bubblegum tu makwe finn
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 05:58 PM | Show all posts
Elok tonton kartun local je kalau tak pasti mana ok mana tidak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2022 11:43 AM | Show all posts
Love cite Pony. Cute sangat!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 05:32 PM | Show all posts
actually dalam list atas tu tak semua kartun tu untuk children. Orang yang tulis artikel ni fikir kartun = untuk budak2.

Padahal contoh mcm The Simpsons tu..tu adult punya cartoon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 11:38 AM | Show all posts
azimodin replied at 29-7-2022 04:08 PM
Lehhh.. hero dalam citer disney mulan tu dah terang2 bisexual. Masa mulan jadi jantan pon dia terliu ...

haa btol jugak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.213388 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list