CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 639|Reply: 0

Mercedes lakukan pelbagai naik taraf untuk kekal bersaing

[Copy link]
Post time 28-7-2022 10:52 AM | Show all posts |Read mode

PEMANDU Mercedes yang juga juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton (kiri) menduduki tempat kedua GP Perancis di belakang pemandu Red Bull, Max Verstappen. FOTO REUTERS

London: Mercedes akan melakukan pelbagai naik taraf untuk mencabar pendahulu Formula Satu, Red Bull dan Ferrari, kata ketua strategi mereka, James Vowles, hari ini.

Juara bertahan untuk menggunakan alat ganti baharu di Grand Prix (GP) Perancis, hujung minggu lalu dan Vowles berkata, mereka semakin 'bertambah baik'.

"Ia adalah beberapa langkah kecil yang kami tambah pada kereta, tetapi perkara utama adalah kami merancang untuk memperkenalkan banyak lagi pada perlumbaan berikutnya," katanya.

"Kami tidak mampu melakukan secara serentak untuk mengejar Ferrari dan Red Bull.



"Tetapi, diharapkan seperti yang anda lihat pada persaingan musim ini, kami semakin meningkat untuk merapatkan jurang dan banyak lagi akan dilakukan."

Juara dunia tujuh kali

Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menduduki tempat kedua di belakang pemandu Red Bull, Max Verstappen di GP Perancis, Ahad lalu, dan seorang lagi pemandu Mercedes, George Russell di tempat ketiga manakala pemandu Ferrari, tersingkir akibat kemalangan.

Pasukan itu jelas lebih kompetitif ketika perlumbaan berbanding peringkat kelayakan pada Sabtu.

Mercedes kini menduduki tempat ketiga keseluruhan, ketinggalan 126 mata di bekalang pendahulu, Red Bull dan 44 mata di belakang Ferrari bagi kedudukan pengeluar.

Perlumbaan ke-13 musim ini akan berlangsung di GP Hungary, hujung minggu ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ntuk-kekal-bersaing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.054666 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list