CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 657|Reply: 0

Verstappen simpati nasib Leclerc

[Copy link]
Post time 26-7-2022 02:50 PM | Show all posts |Read mode

Kereta Ferrari dipandu Charles Leclerc dikeluarkan selepas terbabas ketika Grand Prix Perancis di litar Paul-Ricard, Le Castellet. - Foto AFP

LE CASTELLET, Perancis: Max Verstappen bersimpati terhadap pesaing kejuaraan Charles Leclerc selepas pemandu Ferrari itu terbabas dan tersingkir daripada Grand Prix Perancis.

Leclerc berada di kedudukan terbaik untuk merapatkan jurang dengan pendahulu kejuaraan dari Red Bull itu tetapi melakukan kesilapan di pusingan ke-18 dan membolehkan Verstappen memenangi perlumbaan.

Leclerc bermula dari petak utama dan berjaya menghalang juara dunia itu di awal perlumbaan tetapi melepaskan peluang untuk memenangi perlumbaan susulan kecuaiannya.

"Kesilapan saya. Saya fikir saya beraksi pada tahap tertinggi dalam karier saya, tetapi jika saya terus melakukan kesilapan begini, sia-sia beraksi di tahap tertinggi.


"Saya kehilangan banyak mata. Saya rasa tujuh di Imola, 25 di sini. Kami mempunyai kereta terpantas di litar hari ini, jadi jika kami tewas dengan jurang 32 mata di akhir musim, saya tahu dari mana ia datang," kata Leclerc.

Pemandu Mercedes Lewis Hamilton dan George Russel melengkapkan podium Grand Prix Perancis di tempat kedua dan ketiga manakala rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez keempat.

Verstappen kini mendahului kejuaraan pemandu dengan Leclerc di tangga kedua, diikuti Perez dan Carlos Sainz Jr dari Ferrari.

"Ia sepatutnya menjadi persaingan menarik hingga ke akhir perlumbaan, tetapi malangnya ia tidak berlaku. Nasib baik Charles tidak apa-apa," kata Verstappen.

Saingan musim ini berbaki 10 perlumbaan dengan Verstappen sudah memenangi tujuh daripada 12 perlumbaan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... mpati-nasib-leclerc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.055162 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list