CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 625|Reply: 0

Hamilton anggap Alonso pesaing paling sukar

[Copy link]
Post time 23-7-2022 11:09 AM | Show all posts |Read mode

HAMILTON pada sidang media menjelang GP Perancis. -FOTO EPA

Le Castellet, Perancis: Lewis Hamilton menyifatkan Fernando Alonso sebagai saingan paling sukar dan terpantas yang pernah dihadapi dalam kariernya katanya menjelang perlumbaan yang ke-300 dalam formula satu (F1) di Grand Prix Perancis Ahad ini.

Juara dunia sebanyak tujuh kali berusia 37 tahun itu berkata, dia beraksi kali pertama dalam karier F1 di Grand Prix Australia di Melbourne pada usia 22 tahun, mengejutkan penonton dengan aksi dan bakatnya yang matang.

Dia bermula di petak keempat dan menamatkan perlumbaan di kedudukan tiga, di belakang juara dunia dua kali ketika itu Alonso, persaingan sengit yang menandakan bagaimana mereka akan bertarung dan tersungkur pada musim seterusnya.

"Saya berasa sukar untuk berkata siapa yang menjadi persaingan terkuat kerana setiap kali anda bersama seseorang, anda berada di tempat yang berbeza dalam hidup anda," kata Hamilton.

"Saya diberi tugas disamping Fenando ketika saya berusia 22. Saya masih muda dari segi mental dan sudah tentu dari segi kemahiran, banyak tekanan untuk berlumba bersama seorang pelumba hebat seperti Fernando.

"Saya akan berkata dengan pantas, Fernando sangat sukar. Kami mempunyai beberapa persaingan yang sengit. Saya harap kami boleh berlumba banyak lagi. Moga dia terus bermula.

Hamilton dinaikkan pangkat ke pasukan F1 McLaren oleh bos pasukan Ron Dennis yang membantu membimbing perkembangannya selepas itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... esaing-paling-sukar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.747368 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list