CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3313|Reply: 42

[Politik] Sanusi bakal disingkir sebagai MB Kedah?

  [Copy link]
Post time 21-7-2022 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 21-7-2022 12:35 PM


Seorang pembantu Sanusi Md Nor berkata menteri besar Kedah itu ‘berkampung’ siang malam di Baling bagi memulihkan keadaan yang terjejas akibat banjir.

Seorang pembantu Sanusi Md Nor menyangkal dakwaan bahawa menteri besar Kedah itu bakal digantikan seorang lagi “orang kuat” PAS disebabkan kononnya gagal menangani banjir di Baling.

Kenyataannya itu selepas seorang kolumnis mendakwa “kegagalan” Sanusi itu mencetuskan desas-desus bahawa Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang juga anak kelahiran Kedah, akan mengambil alih tugas sebagai menteri besar.

Setiausaha akhbar Sanusi, Muhamad Mat Yakim menyangkal dakwaan itu malah menegaskan menteri besar “berkampung” siang malam di lokasi yang terkesan akibat banjir.


“Apa salah, silap atau gagalnya Sanusi sebagai MB (menteri besar) untuk beliau digantikan?


“Dalam artikelnya…kolumnis itu menyebarkan khabar angin konon Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah mengarahkan pembantunya untuk ‘clear’ pejabat.

“Ironinya, saya sendiri – yang bilik saya tidak sampai 10 langkah dari bilik menteri besar – tidak pernah mendengar adanya arahan MB kepada sesiapa pun untuk ‘clear pejabat beliau sebagaimana yang didakwa,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad turut mempertikaikan pujian penulis berkenaan terhadap Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim kononnya bertanggungjawab memastikan jabatan Bailey dibina di sebuah kampung yang terjejas. Katanya, kenyataan itu seolah-olah menggambarkan kakitangan awam dan menteri besar di Kedah tiada fungsi dalam menguruskan operasi selepas tragedi itu.

“Sepanjang mengikuti program MB di Baling pasca tragedi, hanya sekali saya terserempak dengan Azeez ketika di pusat taklimat Bendang Bechah. Itupun dia kelihatan seperti tergesa-gesa meninggalkan tempat itu sejurus sebelum ketibaan MB – seolah-olah mahu mengelak daripada bertembung,” katanya.

Muhamad berkata, dalam pada rencana itu menyifatkan Azeez sebagai “YB yang diperlukan rakyat ketika malapetaka”, ahli parlimen sepatutnya bukan berlalu dalam keadaan terburu-buru dan kemudian mengeluarkan kenyataan terdesak menggesa semua operasi ladang durian musang king dihentikan.

Katanya, Sanusi sendiri telah mengarahkan projek ladang durian dihentikan ketika mengambil alih sebagai menteri besar pada Julai 2020. Muhamad berkata, Kedah juga menunjukkan lonjakan angka pelaburan asing dan tempatan luar biasa sejak Sanusi berkuasa.

Muhamad berkata, Sanusi menunjukkan empati apabila memohon maaf secara terbuka kepada penduduk tempatan selepas banjir berlaku, sedangkan beliau tidak bertanggungjawab atas kejadian itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 09:04 AM | Show all posts
nusi ni umur berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:32 AM | Show all posts
azeez ngan sanusi, teruk azeez lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Semuanya sama je
Same old mangkoksss
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Abdul Azeeeeeeeeeeeeez Abdul Rahim cakap keling dalam Parlimen Mulayu

tambi, ning gasorling gena woli teri noregenna soringgey

anney, anney lagi, anney lagi, ini tambi anney tara dengar

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kelulusan background dia ni. Cam buduh2 je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sanusi tu berpuluh kali lebih baik dari aziz...walaupun i tsk suka pas. I jugak rasa skrg ni bnyk rakyat kedah makin suka dgn sanusi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Singkir lobai pun ganti another lobai. Maintain ja lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 10:26 AM | Show all posts
Edited by ais_kosong at 21-7-2022 10:27 AM

Aku rasa dia ok ja. Pada ajisss tu.. Lagi merepek.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:34 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 21-7-2022 10:16 AM
Sanusi tu berpuluh kali lebih baik dari aziz...walaupun i tsk suka pas. I jugak rasa skrg ni bnyk ra ...

ice queen tengah aim SADA tu, nasib baik Sanusi ni tegas dlm hal ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:37 AM | Show all posts
kan dah nak pru
dah ada meeting utk jadi kerani ke apa
x nyabar belake
nak ke jawatan
cemuh haku
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
minahsenget replied at 21-7-2022 10:34 AM
ice queen tengah aim SADA tu, nasib baik Sanusi ni tegas dlm hal ni

Suraya ka ice queen tu? Ada cerita lawak kalau pasal suraya ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 02:02 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 21-7-2022 12:01 PM
Suraya ka ice queen tu? Ada cerita lawak kalau pasal suraya ni

nope, yg pulun tukar nama sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 02:05 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 21-7-2022 12:01 PM
Suraya ka ice queen tu? Ada cerita lawak kalau pasal suraya ni

suraya sungai tiang ka ? apa cer
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 21-7-2022 02:16 PM
minahsenget replied at 21-7-2022 02:02 PM
nope, yg pulun tukar nama sekolah


Oooo...yg lebih sudu dr kuah tu yer

Aha...Suraya. Tp takpalah, tak la besaq sangat ...cuma lawak la.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 03:04 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 21-7-2022 10:16 AM
Sanusi tu berpuluh kali lebih baik dari aziz...walaupun i tsk suka pas. I jugak rasa skrg ni bnyk ra ...

betul sgt tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
AnBulisia replied at 21-7-2022 09:04 AM
nusi ni umur berapa?

Tahun 74, tahun ni 48
Serius npk tua dr umur sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasaipa angpa jadi lagu tu? Peliaq betoi lah hai, the wedar is kliar katanya, dajjei sungguhlah, kamjad betoi, Ffira Mikah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 21-7-2022 10:15 AM
Apa kelulusan background dia ni. Cam buduh2 je

Dia bekas pelajar sek men sains md jiwa sg petani pastu BA Hons USM
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Member orang kedah, puji habis mb kedah ni. Kebajikan jaga sangat katanya. Islamik jugak. Dulu2 ada @sarah82 boleh tolong sahkan betul ke tidak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.073412 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list