CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 506|Reply: 4

[Politik] Lama lagi nak PRU : MoU kerajaan-pembangkang tidak semestinya berakhir Julai ini – Anwar

[Copy link]
Post time 20-7-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan pembangkang tidak semestinya akan berakhir 31 Julai ini.

Bagaimanapun katanya, perkara itu perlu perbincangan lanjut daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) meskipun beliau mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Saya ada berbincang dengan Perdana Menteri baru-baru ini mengenai MoU ini sebab mereka perlu melaksanakannya, setakat ini Akta Antilompat Parti sudah dipersetujui, ada kita berbincang mengenai tadbir urus dan penyelewengan yang menjadi antara kebimbangan utama.

“Namun, kita perlu bincang di peringkat PH, lagipun kita baru sahaja ada barisan kepimpinan baharu di DAP dan kini di PKR. Tetapi dari segi ketetapan MoU, ia tidak semestinya perlu berakhir bulan ini atau sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya dalam sidang akhbar Kongres Nasional PKR Ke-16.

Anwar menjelaskan, beliau tidak mahu pembangkang dilihat sebagai pihak yang tidak menumpukan kepada isu-isu rakyat.

“Bila kita berhentikan (tempoh MoU tamat), adakah kita memaksa adakan pilihan raya, sebab masih ada isu yang perlu ditangani, tetapi kita perlu bersedia untuk pilihan raya,” katanya.

Beliau memberikan peringatan kepada Ismail Sabri berhubung status MoU tersebut.

“Minggu depan, bila saya jumpa dengan Ismail Sabri, kita tidak mahu menjadi sebahagian daripada strategi UMNO berhubung soal PRU-15 awal atau lambat.

“Kita hanya bersiap sedia meskipun pilihan raya semakin hampir,” katanya. – UTUSAN

~ UMNO dh bole la buat pemilihan parti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 04:37 PM | Show all posts
Memang lama lagi PRU15..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah...kena game dengan Nuart....

Adan uke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2022 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 20-7-2022 04:57 PM
Kahkahkah...kena game dengan Nuart....

Adan uke

Yg betulnya kluster mahkamah kena game dgn mael bera
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nangis di bucu katil ler kluster mahkamah.

.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.059959 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list