CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 683|Reply: 0

Danny konsisten kutip mata Cub Prix buat Pink Racing

[Copy link]
Post time 19-7-2022 11:24 AM | Show all posts |Read mode

DANNY (kiri) berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan biarpun memulakan perlumbaan di petak ke-13 semalam.



PELUMBA pasukan Tobaki Pink Racing, Danny Mikhail Khairul Fauzi terus mempamerkan pe­ningkatan terbaik pada tahun pertamanya dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia selepas menamatkan saingan tempat ke sembilan di Jempol, Negeri Sembilan semalam.

Meskipun memulakan saingan di petak ke-13 ia tidak mematahkan semangat pelumba berusia 16 tahun tersebut untuk terus mengejar pelumba di hadapannya sekali gus mengutip tujuh mata pada perlumbaan pusingan kelima kategori Wira KBS tersebut.

Selepas lima pusingan perlumbaan, pelumba kelahiran Kuala Lumpur tersebut kini mengutip 16 mata dan hanya dua kali gagal menamatkan saingan apabila jenteranya berdepan kerosakan sewaktu bersaing di Terengganu pada Jun lalu.

Justeru, Danny mengakui dia mampu memberi tentangan untuk berada di podium, tetapi dengan syarat perlu menempah kedudukan kelompok hadapan pada sesi kelayakan.

“Saya berpuas hati dengan keputusan hari ini kerana pada perlumbaan di Terengganu tempoh hari saya gagal menamatkan saingan gara-gara kerosakan jentera.

“Tetapi, kali ini segalanya berjalan dengan baik dan saya gembira kerana berjaya me­ngutip tujuh mata di sini. Ini adalah keputusan terbaik buat saya selepas lima pusingan perlumbaan,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Seorang lagi pelumba Pink Racing, Nur Dini Uzma Abdullah menamatkan saingan tempat ke-14 sekali gus kekal mengutip mata pada setiap perlumbaan.

Dini yang turut membuat penampilan pertama dalam ka­tegori Wira KBS itu kini menduduki tangga ke-17 keseluruhan dengan mengumpul 13 mata.

Sementara itu, pelumba Petronas Sprinta Racing Yamaha-31 Racing, Danish Aiman Zamrul menjulang kemenangan di Jempol sekali gus mendominasi carta kedudukan keseluruhan dengan 106 mata.
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... x-buat-pink-racing/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051971 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list