CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 649|Reply: 0

Ducati akui kecewa sikap FIM, MotoGP

[Copy link]
Post time 18-7-2022 11:43 AM | Show all posts |Read mode

DUCATI perlu bekerja keras untuk memastikan mereka terus kompetitif musim depan selepas beberapa peranti pada jentera mereka bakal diharamkan. – AFP


LONDON – Pengurus Besar Ducati, Luigi Dall’Igna mengakui terkilan dan kecewa apabila pembangunan teknologi yang cuba diketengahkan oleh mereka dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) seakan-akan tidak dihargai.

Ducati memperkenalkan beberapa teknologi baharu yang mampu meningkatkan prestasi jentera mereka sekali gus menjadi pencabar utama kejuaraan MotoGP musim ini.

Bagaimanapun, inovasi yang dibawa Ducati mendapat tenta­ngan pesaingnya termasuklah pengenalan sistem aerodinamik seperti winglet atau fairing yang kini dipakai semua pasukan ­MotoGP.

Dall’Igna menuntut agar FIM dan MotoGP bertindak lebih adil terutama selepas peranti ride heigh bahagian depan jentera yang diperkenalkan oleh Ducati bakal diharamkan pada musim depan.

Bukan itu saja, peranti holeshot juga tidak lagi boleh digunakan.

Keadaan tersebut pasti memberi tekanan kepada Ducati ke­rana mereka telah mengeluarkan dana besar terutama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) kesemua jentera Desmosedici GP pada musim ini.

“Saya tidak boleh menentukan peraturan sendiri. Saya hanya boleh cuba memahami peraturan dan melakukan perkara yang dibenarkan.

“Tidak adil jika peranti-peranti­ berkenaan diharamkan selepas perlumbaan musim 2022 nanti.

“Tetapi, apabila semua orang menentang saya, tangan saya terikat dan tiada apa yang boleh saya lakukan mengenainya. Saya terpaksa menerima perubahan ini,” kata Dall’Igna. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... a-sikap-fim-motogp/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.504202 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list