CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1755|Reply: 2

Kisah Sedih Haiwan Prasejarah ‘Psittacosaurus’

[Copy link]
Post time 16-7-2022 11:43 PM | Show all posts |Read mode
Kisah Sedih Haiwan Prasejarah ‘Psittacosaurus’, Maut Tertimbus Ketika Lindungi ‘Adik-adiknya’
Sikap tanggungjawab dan melindungi orang yang lebih lemah daripada kita bukan sahaja ada dalam diri manusia, namun haiwan juga nampaknya mempunyai sifat-sifat yang serupa.

Ini dibuktikan menerusi satu kisah sedih mengenai haiwan prasejarah, dinosaur dari spesis ‘Psittacosaurus’ yang ditemui fosilnya di China.

"Gambar fosil paling menarik, juga paling menyedihkan”

Menerusi perkongsian page Facebook Ajar, tular baru-baru ini gambar 24 fosil anak-anak dinosaur yang ditemui tersembunyi di sebalik formasi batuan di China yang mana salah satu dari rangka yang ditemui merupakan seekor dinosaur yang lebih tua.


Dinosaur yang berasal dari spesis Psittacosaurus ini bagi yang tak tahu adalah dinosaur pemakan tumbuhan dan antara jenis dinosaur yang paling banyak ditemui.

Apa yang menariknya mengenai penemuan tersebut ialah dinosaur yang lebih besar itu rupanya belum matang secara seksual yang mana menandakan ia bukanlah ibu atau bapa kepada anak-anak dinosaur tersebut.

Ia dipercayai penjaga iaitu sama ada abang atau kakak kepada adik-adik dinosaurnya.


Maut tertimbus ketika menjaga adik-adik

Hasil kajian para saintis mendapati kemungkinan  besar si abang sedang melaksanakan tugas menjaga adik-adiknya sebelum kawasan yang mereka duduki itu tertimbus akibat muntahan debu gunung berapi.

Yang lebih menyedihkan, si abang bersama dengan adik-adiknya hingga ke saat akhir dan tertimbus bersama-sama dalam bencana tersebut.


Paleontologis yang mengkaji fosil ini juga mendapati tengkorak dinosaur yang lebih besar kelihatan bercantum dengan dua lagi tengkorak dinosaur yang lebih kecil, yang mana ini menandakan haiwan-haiwan tersebut memang rapat antara satu sama lain sebelum meninggal.

Kisah ini ternyata memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa haiwan yang sudah pupus seperti dinosaur itupun mempunyai sifat tanggungjawab dalam menjaga keluarga mereka.

Aih sedih pulak kisah ni. Haiwan pun ada rasa tanggungjawab, takkan kita manusia boleh abaikan tanggungjawab jaga isteri, anak dan ahli keluarga lain kan?


https://lobakmerah.com/kisah-sedih-haiwan-prasejarah-psittacosaurus-maut-tertimbus-ketika-lindungi-adik-adiknya/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 09:20 AM | Show all posts
sementara itu manusia beranak boleh buang anak merata sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 11:28 AM | Show all posts
chinta89 replied at 17-7-2022 09:20 AM
sementara itu manusia beranak boleh buang anak merata sampai mati

sifat kemanusian dan tertukar dengan sifat kebinatangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.053020 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list