CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 992|Reply: 0

Jorge Martin mahu pacu jentera utama Ducati

[Copy link]
Post time 16-7-2022 11:33 AM | Show all posts |Read mode

MARTIN tidak mampu menyembunyikan impiannya untuk berada dalam pasukan utama Ducati pada musim depan.
Jorge Martin mahu pacu jentera utama Ducati


LONDON – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin mengakui dia memasang impian untuk berada dalam pasukan utama Ducati, sekali gus tekad untuk menggunakan baki saingan musim ini memburu lebih banyak kemenangan.

Pelumba Sepanyol itu tidak bermula baik pada musim ini apabila hanya meraih dua podium tempat kedua dan lebih malang Martin turut mengalami kecederaan, sekali gus menyukarkannya lebih agresif memburu podium semula.

Namun, pelumba berusia 24 tahun itu yakin dia mampu me­lakukan sesuatu pada baki 10 pusingan terakhir musim ini dan tidak berselindung untuk memburu gelaran keseluruhan.

“Ini merupakan tahun kedua saya bersama jentera Ducati dan saya sudah belajar banyak perkara mengenainya. Saya masih perlu masa untuk pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan baru-baru ini.

“Saya sangat harap mampu lakukan lebih baik pada baki perlumbaan musim ini. Apa pun, matlamat utama saya adalah untuk menjadi pelumba rasmi pasukan utama Ducati.

“Bagaimanapun, keputusan itu akan ditentukan oleh hasilnya. Jika saya mampu memberi saingan dan berada di hadapan, saya yakin akan diberi peluang untuk berada di tempat sepatutnya,” kata Martin.

Martin dikatakan akan menyertai pasukan utama Ducati musim depan selepas pasukan Itali itu melepaskan Jack Miller ke KTM. Namun, Martin tidak boleh terlalu yakin kerana pelumba Itali, Enea Bastianini turut berada dalam radar Ducati.

Ketika ini, Martin berada di kedudukan ke-11 keseluruhan dengan mengumpul 70 mata dan ketinggalan 102 mata dengan Fabio Quartararo yang mendahului carta kedudukan dengan 172 mata keseluruhan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... ntera-utama-ducati/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.060712 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list