CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 711|Reply: 0

Pink Racing buru kemenangan pertama

[Copy link]
Post time 16-7-2022 11:32 AM | Show all posts |Read mode

ATIKAH (dua dari kiri) yakin pasukan telah bekerjas keras untuk menilai kerosakan jentera dan bersedia untuk memberi tentangan pada perlumbaan esok.
Pink Racing buru kemenangan pertama


PASUKAN Tobaki Pink Ra­cing percaya peningkatan pasukannya dari semasa ke semasa mampu membawa mereka kepada kejayaan dengan misi untuk mencari kemenangan ketika Kejuaraan Cub Prix Malaysia sudah memasuki pusingan kelima.

Prinsipal pasukan, Nur Atikah Azwar berkata, melihat kepada peningkatan pasukan, terutama jentera dianggap satu pencapaian terbaik mereka pada musim ini meskipun bersaing dengan pasukan berpengalaman lain.

Tegas Atikah, kali ini mereka mahu melupakan kehampaan sewaktu Terengganu dan kesemua pelumbanya tekad memburu podium menjelang perlumbaan pusingan kelima di Jempol, Negeri Sembilan.

“Sebenarnya saya gembira dengan pencapaian pasukan terutama prestasi pelumba yang meningkat pada setiap pusingan perlumbaan.

“Apa yang dicapai pasukan ketika ini sangat baik, terutamanya perkembangan jentera mahupun pengurusan pasukan yang lebih baik berbanding musim lalu.

“Jadi, menjelang perlumbaan di Jempol ini kami mahu bangkit dan tebus kekecewaan selepas mengalami masalah jentera di Terengganu.

“Saya yakin pasukan telah bekerja keras untuk menilai kerosakan jentera dan bersedia untuk memberi tentangan pada perlumbaan esok,” kata Atikah.

Pelumba sandaran kategori CP125, Harith Farhan Baharin terpaksa akur menamatkan sai­ngan tempat kelapan, manakala Saiful Azhary Muhamad pula gagal menamatkan perlumbaan.
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... kemenangan-pertama/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.225193 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list