CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2743|Reply: 2

Lelaki miliki 9,364 memorabilia Power Rangers

[Copy link]
Post time 15-7-2022 12:34 PM | Show all posts |Read mode

Nilsen memiliki sebanyak 9,364 memorabilia Power Rangers yang dikumpul sejak berusia 10 tahun. - Guinness World Records

Lelaki miliki 9,364 memorabilia Power Rangers

WASHINGTON – Seorang lelaki di  Amerika Syarikat menempa nama dalam Guinness World Records apabila mengumpul  9,364 memorabilia berkaitan siri te­levisyen adiwira popular, Power Rangers sejak berusia 10 tahun, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Michael Nilsen memiliki pelbagai barangan termasuk patung watak-watak utama Power Rangers, senjata, buku dan cakera video digital (DVD). Ia merangkumi semua 28 musim siri televisyen Power Rangers beserta tiga buah filem.

“Ia merupakan program te­levisyen paling hebat  pernah saya tonton,” katanya yang pertama kali menonton siri tersebut pada tahun 1993.

Menurut Nilsen, minat kepada aktiviti mengumpul memorabilia itu bermula pada tahun tersebut selepas menerima ha­diah daripada bapa saudaranya.

Dia ketika itu diberikan patung robot Megazord daripada musim pertama Power Rangers sempena hari lahirnya yang ke-10.

Pada awalnya, Nilsen berasa agak kecewa dengan patung tersebut.

“Patung itu tidak boleh bercantum atau bertukar bentuk. Ketika itu, saya berharap ia le­bih kecil dan mempunyai tangan yang boleh menembak,” ujarnya.

Bagaimanapun, selepas diperkenalkan kepada patung Megazord yang lebih menarik lima bulan kemudian, ia membuatkan Nilsen bersemangat untuk terus mencari patung-patung Power Rangers lain yang terdapat di pasaran.

“Ia boleh bercantum dan bertukar seperti yang dipaparkan dalam televisyen. Ia amat hebat dan saya tidak menyangka patung itu boleh berfungsi seperti itu,” katanya.

Kini, koleksi Nilsen tanpa mengambil kira siri Power Rangers: Dino Fury musim ke-29 di Netflix, adalah termasuk robot Soul of Chogokin Megazord yang berharga AS$400 (RM1,775) di samping koleksi lengkap patung watak Power Rangers paling kecil di dunia. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... ilia-power-rangers/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2022 09:57 AM | Show all posts
yeah hanya collector saja yang faham kegembiraan bila dapat collect benda yang kita minat
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 03:24 PM | Show all posts
We’re truly amazed at your decoration skills. This collection looks great!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.080382 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list