CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1194|Reply: 1

Panigale V4, V4S masuk pasaran

[Copy link]
Post time 14-7-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode

Ducati Panigale V4S.

KUALA LUMPUR: Ducati Malaysia mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama motosikal premium utama di Malaysia dengan pengenalan barisan Ducati Panigale V4 dan V4S.

Dua varian terbaru itu sudah boleh dimiliki pada harga bermula RM145,900 (V4) dan RM188,900 (V4S).

Model baharu Panigale V4 dan V4S ini telah mendapat beberapa penambahbaikan seperti kuasa dipertingkatkan kepada 215.5hp pada 13,000rpm.

Panigale V4 dan V4S 2022 mempunyai strategi mod kuasa yang dikemas kini yang membabitkan empat enjin konfigurasi penuh, tinggi, sederhana dan rendah.


Mod penuh dan rendah baru dibangunkan oleh pengeluar motor terkemuka dunia itu manakala mod tinggi dan sederhana dikekalkan daripada model sebelumnya.

Mod kuasa penuh baharu adalah yang paling ekstrem pernah digunakan pada Panigale V4 dan V4S.

Ia memberikan tunggangan yang penuh dengan kuasa dan menjadikan model baharu itu berada di kedudukan yang berbeza berbanding jenama lain.

Mod kuasa ini disyorkan untuk digunakan di litar lumba dengan selekoh laju, jalan lurus panjang dan terutamanya tahap cengkaman yang tinggi.

Bagi bahagian papan pemuka pada Panigale V4 dan V4S 2022 pula, ia juga telah melalui pelbagai pengubahsuaian.

Ducati menggunakan LED luaran untuk menunjukkan pertukaran gear sekaligus mengurangkan masa tindak balas dan meningkatkan kualiti maklum balas diberikan kepada penunggang.

Paling menarik, semua model Ducati dan Scrambler Ducati akan disediakan untuk pemilikan melalui model eksklusif pilihan pembiayaan, Ducati Corse Credit.

Pelan pembiayaan itu menggabungkan ciri-ciri yang menjadikan Ducati pemilikan lebih lancar.

"Dibuat khusus untuk motosikal Ducati dan Scrambler ia memberikan skim pembayaran balik yang fleksibel, kelulusan yang lebih cepat, kadar faedah serendah 4.88 peratus dan 10 peratus pilihan bayaran muka," katanya.
https://www.bharian.com.my/bisne ... ga-bermula-rm145900
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 08:40 PM | Show all posts
215hp.....perghhh terbang ko....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.052952 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list