CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1134|Reply: 2

Bayi 4 bulan tercampak ke tengah jalan, kereta BMW warna kelabu gelap dikenalpasti

  [Copy link]
Post time 12-7-2022 09:56 PM | Show all posts |Read mode
Bayi 4 bulan tercampak ke tengah jalan, kereta BMW warna kelabu gelap dikenalpasti



Siapa sangka keterujaan sebuah keluarga dalam perjalanan pulang selepas beraya bertukar menjadi tragedi apabila kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Plus Sungkai arah selatan pada jam 7.30 minit malam.

Difahamkan pemandu BMW berwarna kelabu gelap itu menyelit secara tiba-tiba dari lorong kiri terus mencelah masuk di hadapan Proton Inspira yang dinaiki mangsa sekeluarga berada di lorong paling kanan pada ketika itu.

Bukan itu sahaja, BMW itu turut menghimpit kereta mangsa sehingga ia berpusing beberapa kali sebelum melanggar penghadang jalan sebelah kiri lebuh raya berkenaan.

Lebih menyedihkan apabila pemandu kereta BMW itu melarikan diri tanpa menghulurkan sebarang bantuan kepada mereka sehingga mengakibatkan bayi lelaki mereka berusia empat bulan tercampak keluar ke tengah jalan.



Ekoran itu mangsa dikenali Natasya Nadia meminta jasa baik orang ramai untuk menguar-uarkan agar sebarang pihak mempunyai rakaman dashcam tentang kejadian tersebut sekaligus menjejaki suspek.

Dalam masa yang sama, dia memaklumkan bayi lelakinya berusia empat bulan itu sedang bertarung nyawa di wad neonatal intensive care unit (NICU) akibat patah tulang pinggul, kedua-dua tulang peha dan pendarahan otak akibat tercampak di tengah lebuh raya.


Terbaru, wanita itu memaklumkan kenderaan tersebut berjaya dikenalpasti atas bantuan orang ramai. Namun, dia tidak dapat berkongsi apa-apa maklumat lanjut mengenai kenderaan tersebut atas sebab keselamatan dan mahu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Dan, mengemaskini keadaan semasa di mana dia mengalami kecederaan patah kaki, manakala suaminya pula tersiat isi pada bahagian lengan.




Melihat di ruangan komen, ramai warganet tidak berputus-putus mendoakan agar mangsa sekeluarga segera sembuh dan pelaku dikenakan hukuman setimpal atas pemanduan berbahayanya.






Didoakan semoga adik Aqasha Alhaq diberikan kekuatan dan kesembuhan.

Sumber: Instagram Natasya Nadia


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuiyoo. Mesti ada org senyap2 report police / kasitau mak pak baby ni, plate Beemer tu. Yelah skrg most car ada camera kan. Nasib laaaa owner Beemer tu. Dah boleh amek lawyer siap2
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Finally dapat jugak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.381715 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list