CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 667|Reply: 0

Carlos Sainz hilang kata-kata selepas alami detik cemas

[Copy link]
Post time 12-7-2022 12:49 PM | Show all posts |Read mode

SAINZ berjaya keluar dari jentera Ferrari yang terbakar ketika pusingan ke-58 pada saingan GP Austria di Litar Red Bull Ring kelmarin. – AFP

Carlos Sainz hilang kata-kata selepas alami detik cemas

SPIELBERG, Austria – Carlos Sainz ternyata kecewa apabila impiannya untuk menjuarai Grand Prix (GP) Austria tidak kesampaian selepas berdepan detik cemas apabila jenteranya terbakar sewaktu bersaing memburu kemenangan di Litar Red Bull Ring kelmarin.

Pada saingan tersebut, pemandu Ferrari itu berpeluang untuk memburu kemenangan di Austria, namun jentera F1-75 yang dipacunya itu mengalami kerosakan sebelum terbakar di selekoh keempat.

Pemandu berusia 27 tahun tersebut bagaimanapun terselamat apabila segera melompat keluar ketika api mula merebak sebelum marshal menghentikan kebakaran tersebut.

Sainz mendakwa tiada sebarang amaran yang keluar dari enjin jenteranya itu sebelum memaksanya untuk menghentikan perlumbaan.

“Saya hilang kata-kata kerana insiden ini menyebabkan kami kehilangan mata cukup besar dan saya fikir Ferrari mampu meraih kemenangan satu-dua cukup mudah.

“Ini adalah peluang terbaik untuk merapatkan kedudukan dengan Red Bull dan juga Max Verstappen. Apapun, kami perlu terus berusaha kerana perlumbaan musim ini masih panjang,” kata Sainz.

Meskipun Sainz terlepas untuk menaiki podium, namun kemenangan Charles Leclerc terus menghidupkan kembali cabaran dalam perebutan ge­laran dunia selepas mengatasi Verstappen.

Lewis Hamilton (Mercedes) menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dan rakan sepasukan Hamilton, George Russell di tempat keempat.
Ia kemenangan ketiga Leclerc musim ini dan yang pertama buat Ferrari di Red Bull Ring sejak Michael Schumacher melakukannya pada 2003. – AGENSI

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... -alami-detik-cemas/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055664 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list