CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15586|Reply: 78

ALL ABOUT MEERQEEN

  [Copy link]
Post time 9-7-2022 06:37 PM | Show all posts |Read mode
hi semua, hakak nak buka thread khas pasal pelakon lelaki baru.
sebelum ni hakak memang tak menyedari kehadiran dia.
since drama lakonan dia Melur Untuk Firdaus hakak tertengok dan dia ada potensi untuk jadi pelakon berkaliber.
Memang kayu namun dia boleh polish lagi, bukan macam Patah Amin tu memang dah tak boleh nak improved langsung
lakonannya.

Dik merqeen ni boleh asah lakonan ala ala beto

ni biodata pasal dia, amek dari wikipedia, copy paste je.


Muhammad Shameer Shauqeen bin Saiful Izam (lahir 4 Jun 2001) atau lebih dikenali sebagai Meerqeen merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia yang berasal dari Ampang, Selangor. Kerjayanya bermula apabila beliau dipilih sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2019/2020.[1][2][3] Meerqen mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila beliau membawa watak Haqeem di dalam drama Angkara Cinta.[4][5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Meerqeen terpilih sebagai salah seorang daripada 15 peserta Hero Remaja 2019/2020 yang turut disertai oleh Nadhir Nasar dan Aniq Suhair dan berjaya memenangi tempat ketiga.[2][6][7] Penyertaannya dalam Hero Remaja pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarganya. Selepas tamat pertandingan itu, beliau menerima banyak tawaran pekerjaan termasuk bidang lakonan. Sebelum menyertai Hero Remaja, Meerqeen pernah menghadiri sesi ujibakat semasa menduduki Tingkatan 3, namun hanya menerima satu tawaran sahaja, iaitu membintangi sebuah iklan pada tahun 2017.[8][9]
Kerjaya lakonan Meerqeen bermula apabila beliau dipilih membintangi filem pertamanya, Kelaster arahan Razif Rashid yang ditayangkan di Astro First dengan memegang watak sebagai Usop. Meerqeen mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan menerusi drama sulung lakonannya, Angkara Cinta lakonan bersama Wanna Ali dan Hun Haqeem yang mana beliau memegang watak sebagai Haqeem.[10] [11] Diadaptasi daripada drama Filipina, Tayong Dalawa terbitan ABS-CBN, Angkara Cinta mencapai kejayaan komersial apabila disambung kepada 45 episod sekaligus memperkenalkan nama Meerqeen kepada perhatian media dan peminat. Beliau kemudiannya berlakon di samping Janna Nick dan Dini Schatzmann menerusi drama adaptasi novel karya Suri Ryana, Marry Me Senorita dengan memegang watak sebagai Ammar. Ia turut dibintangi oleh juara Dewi Remaja 2019/2020, Shaza Bae.[2]
Inspirasi[sunting | sunting sumber]
Salah satu inspirasi beliau dalam bidang seni ialah ibu saudaranya, penyanyi terkenal Safura Ya'cob. Meerqeen mengakui banyak belajar daripada pengalaman dan meminta pandangan, selain berpegang kepada pesanan Safura untuk terus berusaha dan tidak meletakkan harapan tinggi dalam hiburan.[12]
Dalam temu ramahnya bersama Berita Harian, Meerqeen mengatakan: "Saya mahu jadi seperti Hun Haqeem yang disebut-sebut namanya sekarang" sambil menjadikan pelakon senior Bront Palarae sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[10]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Meerqeen dilahirkan di Ampang, Selangor. Nama pentasnya ialah gabungan daripada nama sebenarnya, Shameer Shauqeen. Beliau ialah anak saudara kepada penyanyi era 1990-an, Safura Yaacob.[13] Meerqeen ialah pelajar jurusan insurans di Kolej Vokasional Gombak.[10]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem n berbakat.. smga mnjadi hero malaya
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 06:44 PM | Show all posts
herlokkk dan berbakat... yang pasti pekat likat... di mana tumpahnya kuah laksa sarawak yang pekat kalau bukan sesama adik beradik agittewww

jangan lupa tambah abangnya sekali dalam ni sebab sama2 herlokkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukak la kat bod personality
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbakat apo harap rupa jah hensem nak bukak mulot pun susah. Ewwwuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahh.. Iols nak kena berkampung kat sini ke macam mana ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pulak Patah tu bersilat wowers ape
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 07:05 PM | Show all posts
Boleh nak naikkan artis chuols tapi belum apa2 chuols dah menjatuhkan artis lain demi artis kegemaran chuols.  Tak perlu kot nak kutuk2 Fattah yang takde kena mengenai pun dalam cerita ni. Nilah yang Mat Kilau kata tu Melayu suka jatuhkan Melayu. Just my two cents.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Fattah asal kayu tapi dah tersangat improve apa. Jom kita tengok si telur ni boleh improve tak
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada sis ok ja klu ada bakat baru xkan nkngadap muja yg sama ja.. walau umur baru 20an dia berlakon sbg suami muda meyakinkan dan yg penting x kayu..sis pn lama dah xtengok cerita melayu sejak covid beralih ke lakorn(drama Siam).Tgk balik sbb trending kt Twitter not bad la meluruntukfirdaus tu ok la sesuai cerita bdk2 muda skrg .
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Beto? Jauh lagi nak jd mcm beto.. kalau x berani nak berlakon huduh2 jgn berangan la
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Pak.dolla at 9-7-2022 11:36 AM

.
Mamat ni berlakon tersangat kayu, takda aura jd hero sebab pendek..

Tak payah lah nak kutuk artis lain, fattah dah lama improve, lakonan dia dlm MK matsalleh dan org luar pun puji,

tt buta seni, dengki, busuk hatii...x payah nk puji retis ko, tp gigih nak menjatuhkan artis lain, artis ko ni dah terang² dia berlakon kayu, ko membuatkan org makin benci dgn meluat dgn si marqeen ni....semoga melingkup poyo...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah nama sebenar heshe syamir ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Shameer Shauqeen = Shashau pun boleh dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pun kau nak naikan Meeqeen ni x perlu nak hina sangat fattah tu.orang sakit hati je in denial dia x improve.suka lah tu karang ada fans dia sound kau marah pulak padahal kau yang mulakan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Meerqeen mendonia dikalangan benak.boleh lah move on ni lagi artis bujang mantap view ig aku baru tengok post ratus2 ribu lah.bagus lah boleh lah benak hadap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana la korg nmpk meerkat ni berbakat dlm lakonan
Aduhhh
Berlakon pun kontrol hensem
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
biasa je bdk ni
muka biasa,berlakon pun biasa
xde aura tp likers kat ig punyala ramai
maybe muka ala2 kpop kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 08:08 PM | Show all posts
untuk kes Fattah... heols ok je lakonannya dah banyak improve sejak dari drama Ganjil tu...

cumanya tak kesah kayu ke tak kayu dikkk... janji herrrrlooookkkkkk....
sedap mata memandang untuk tengok TV...
dah tu takkan kita nak shuk, tauke jambu, fauzi nawawi, hero kucing kurap, banduan dan pak harun yang jadi hero di kaca tv? asalkan tak kayu kan... dah tentu la tidak...

kalau cikki2 birah bbnu boleh maafkan dan terima pelakon korea kayu siap bubuh rating 15/10 untuk drama yang tah hape2 dengan cgi hauk lakonan hauk dan plot story hauk...

kita pun maafkan je lah asalkan herlokkkk... takkan la hari2 nak kalih ke channel animal planet tengok ikan paus dek kerna pelakon muka berlubang boleh tuang teh ais dan kelindan lori jadi hero...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols memang berkenan dgn meerqeen ni dr drama angkara cinta.. Sbb helok.. Lepas tu tertengok melur untuk firdaus ni iols perasan dia ada gaya fattah.. Suara, tinggi, broad shoulder nye.. Kalau tgk iklan drama sangat kt tv3 tu part fattah and meerqeen keluar 2 kali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.149132 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list