CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 714|Reply: 0

Zaqhwan sedia beraksi di Suzuka 8 Hours

[Copy link]
Post time 9-7-2022 04:53 PM | Show all posts |Read mode

Zaqhwan Zaidi ketika sesi ujian Suzuka 8 Hours. - Foto ihsan Facebook Zaqhwan Zaidi

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Zaqhwan Zaidi gembira dapat kembali menyertai saingan Suzuka 8 Hours selepas dua tahun ia tidak dianjurkan disebabkan kekangan COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Zaqhwan yang baru selesai menjalani ujian dua hari di Litar Suzuka, Jepun berkata, dia berpuashati dengan keputusan diraih apatah lagi ia adalah kali pertama pasukan Honda Asia-Dream Racing with SHOWA menguji jentera.

"Selesai dua hari ujian Suzuka 8 Hours," kata Zaqhwan. "Gembira dapat kembali ke sini selepas dua tahun tidak berlumba di Suzuka. Terima kasih Honda Asia-Dream Racing with SHOWA kerana usaha gigih dilakukan.

"Ia bukan mudah buat kami kerana ini adalah motosikal baharu yang belum pernah kami uji sebelum ini tetapi saya percaya kami boleh menjadi lebih kuat pada minggu perlumbaan 8 jam nanti."

Perlumbaan Suzuka 8 Hours 2022 kembali berada dalam kaledar FIM EWC dari 5 hingga 7 Ogos ini selepas tidak dianjurkan sejak 2019 kerana krisis kesihatan global iaitu COVID-19.

Perlumbaan ini pernah menyaksikan nama besar sukan permotoran dua roda memenanginya seperti Wayne Rainey pada 1988, Eddie Lawson (1990) ,Mick Doohan (1991) dan Valentino Rossi (2001).

Dalam sesi ujian, Honda Asia-Dream Racing with SHOWA yang disertai Zaqhwan dan Gerry Salim menamatkan sesi ketiga dengan berada di kedudukan ke-14 sebelum ke-18 terpantas pada sebelah malam.
https://www.bharian.com.my/sukan ... i-di-suzuka-8-hours
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.271114 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list