CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4970|Reply: 6

[Bantuan Banjir] Keadaan bencana di Perak, Perlis + Kedah dan keperluan untuk mangsa...

  [Copy link]
Post time 7-7-2022 10:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 21-12-2022 04:16 PM

Di PERAK pula, mangsa banjir kekal 49 orang daripada 16 keluarga melibatkan dua PPS iaitu di Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Batu 4, Teluk Intan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, Selekoh. – BERNAMA
Hujan lebat berterusan peringkat buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Perak dan Pahang dalam tempoh sama, manakala amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan membabitkan Perlis, Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak serta Johor.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2022 10:22 PM | Show all posts

Banjir Baling: Kerajaan Kedah sediakan rumah sementara untuk mangsa hilang kediamanBernama
Julai 5, 2022 10:48 MYT

Agensi-agensi kerajaan turut membuat penilaian mengenai kerosakan fizikal kepada infrastruktur yang terjejas kawasan dilanda banjir. - Gambar/ Bernama
BALING: Kerajaan Negeri Kedah akan membantu menyediakan penempatan sementara bagi menempatkan penghuni daripada sembilan rumah yang musnah dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di Kupang dekat sini, semalam.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan negeri akan menyewa beberapa rumah untuk didiami, sementara mangsa terlibat dapat mengusahakan membina rumah baharu di tapak yang selamat.


Keseluruhannya ada 627 mangsa banjir daripada 12 kampung dilaporkan terjejas. Sembilan rumah hanyut sama sekali, hanya tinggal tapak, lima buah rumah rosak teruk manakala selebihnya dimasuki air dan mengalami kerosakan harta benda.
"Untuk sembilan rumah itu, Kerajaan Negeri akan bantu sediakan penempatan sementara, sewakan beberapa rumah untuk didiami sementara nak usahakan gantian," katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Ibor dekat sini, hari ini.


Cerita Sebalik Berita: Perkembangan banjir di Baling

Beliau berkata pembinaan rumah baharu di tapak asal rumah yang dihanyutkan adalah tidak selamat memandangkan sungai yang sebelum ini dalam, telah menjadi cetek.
"Gantian rumah akan dibuat sekiranya mereka ada tapak lebih selamat, kalau tidak ada tapak lain, kena tunggu kerana kita bimbang kalau didirikan rumah di tapak asal, sungai sudah cetek, kalau berlaku aliran deras, limpahan akan berlaku lebih banyak.
"Kawasan yang teruk dibadai kepala air dahulunya dalam, tak boleh turun, tapi sekarang sama paras dengan jalan," katanya.
Sementara itu Muhammad Sanusi berkata agensi-agensi kerajaan turut membuat penilaian mengenai kerosakan fizikal kepada infrastruktur yang terjejas kawasan dilanda banjir.
"Antara yang dikenal pasti setakat ini ialah kerosakan jambatan yang menghubungkan Kampung Ibor dengan Kampung Bendang Bechah, jambatan itu terputus sama sekali, jalan-jalan juga banyak yang rosak," katanya.
Sementara itu katanya dua kawasan tadahan iaitu yang dibina oleh pengusaha tanaman durian untuk mengairi tanaman serta kawasan tadahan yang dibina oleh penduduk kampung untuk bekalan air masyarakat, masih ada di atas Gunung Inas.
"Saya telah melihat gambar yang diambil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), masih ada tanda-tanda air yang dibina oleh penduduk untuk bekalan air masyarakat dan tanda air yang digunakan oleh pengusaha tanaman durian, tidak pecah.
"Ini bermaksud aliran air yang membentuk kepala air itu adalah air yang terkumpul dari alur-alur di Gunung Inas dan telah mengalir serentak ke bawah, fenomena ini menyamai apa yang berlaku di Gunung Jerai tahun lepas," katanya.
Muhammad Sanusi turut menasihati penduduk sekitar agar mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat akan turun di kawasan sama petang ini.
"Saya menasihatkan penduduk di sekitar kawasan Kupang, terutamanya yang berhampiran sungai untuk mengambil langkah berjaga-jaga, berhati-hati, kerana kita bimbang hujan lebat akan menyebabkan berlaku lagi limpahan air," katanya.
-- BERNAMA

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2022 11:32 AM | Show all posts
100 rumah rosak dibadai ribut di Perlis
Bernama -July 13, 2022 10:35 AM








Sebanyak 100 kediaman penduduk terjejas dalam kejadian hujan lebat dan ribut yang melanda Perlis, semalam. (Gambar Facebook)
KANGAR: Sebanyak 100 rumah di beberapa kampung mengalami kerosakan khususnya pada bahagian bumbung dalam kejadian hujan lebat dan ribut yang melanda negeri ini, semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis Mohd Izaimi Md Daud, berkata sehingga kini pihaknya menerima laporan sebanyak 100 rumah terkesan akibat kejadian ribut, bermula dari 10 pagi hingga lewat petang itu.


“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggaran kerugian masih dalam penilaian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, APM menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini dan peka dengan amaran bencana dikeluarkan pihak berkuasa.

“Saya harap orang ramai patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan menyimpan barang-barang berharga di tempat selamat,” katanya.

Semalam, lebih 50 rumah mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda Perlis.

Antara kawasan yang terjejas ialah Mata Ayer, Kampung Panggas Kechil, Kampung Lubok Besar, Kuala Perlis, Padang Pauh, Lubuk Sireh, Kangar, Abi, Bukit Keteri, Kurung Batang, Balik Bukit, Wang Besar dan Beseri.

Menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca hujan pada sebelah pagi dan ribut petir pada sebelah petang di satu dua tempat di kawasan pedalaman di negeri ini akan berterusan sehingga 17 Jul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2022 10:11 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2022 08:02 AM | Show all posts

Anggota APM Pendang melakukan pemantauan di kawasan berhampiran Sungai Pendang berikutan paras air sungai itu kini sudah melepasi paras amaran.NSTP/IHSAN APM







PENDANG: Paras air Sungai Pendang menunjukkan peningkatan melebihi paras amaran 2.5 meter berikutan hujan lebat, sejak dua hari lalu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2022 05:14 PM | Show all posts
Di PERAK pula, mangsa banjir kekal 49 orang daripada 16 keluarga melibatkan dua PPS iaitu di Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Batu 4, Teluk Intan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, Selekoh. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-12-2022 05:17 PM | Show all posts
Hujan lebat berterusan peringkat buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Perak dan Pahang dalam tempoh sama, manakala amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan membabitkan Perlis, Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak serta Johor.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.059905 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list