CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 749|Reply: 1

Mercedes semakin temui prestasi asal – Lewis Hamilton

[Copy link]
Post time 6-7-2022 12:53 PM | Show all posts |Read mode

HAMILTON berjaya meraih kedudukan podium ketiga pada GP British di Litar Silverstone Ahad lalu. – AFP
Mercedes semakin temui prestasi asal – Lewis Hamilton


LONDON – Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton mengakui bahawa Mercedes kini hampir merapatkan jurang dengan Red Bull dan Ferrari selepas menaiki podium di Grand Prix (GP) British Ahad lalu.

Pada saingan tersebut, Hamil­ton yang memulakan perlumbaan di petak kelima berjaya menamatkan perlumbaan tempat ketiga di Silverstone sekali gus meraih podium tempat ketiga buat kali kedua berturut-turut selepas GP Kanada.

Prestasi konsisten yang dipamerkan Mercedes sekali gus menggambarkan bahawa pasukan yang berpangkalan di Brackley, United Kingdom tersebut semakin hampir kembali dengan prestasi sebenar selepas bergelut dengan masalah jentera.

“Apa yang saya dapat rasakan adalah kami semakin hampir de­ngan mereka (Red Bull dan Ferrari). Jadi, kami perlu terus berusaha.

“Kami berjaya memberi tentangan pada setiap pusingan perlumbaan dan saya bersyukur Mercedes memberi tentangan cukup baik ketika di Silverstone.

“Sudah lama saya tidak merasai detik tersebut dan kami perlu meneruskan perstasi seperti ini menjelang perlumbaan akan datang.

“Perkara paling utama ialah Mercedes juga lebih baik di beberapa peringkat jika diban­dingkan dengan Ferrari dan pada saingan itu Mercedes juga mendapatkan masa sepusingan terpantas. Rentak perlumbaan juga bertambah baik dan ini adalah tanda positif bagi kami.

“Apa pun, saya tidak kata Mercedes dalam kedudukan untuk menjadi juara, tetapi buat masa ini pasukan tidak jauh untuk mencapainya,” kata Hamilton.

Sebagai rekod, musim ini Ha­milton masih gagal melakar sebarang kemenangan dan hanya meraih tiga podium tempat ketiga sewaktu di Grand Prix Bahrain, Kanada dan British. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... sal-lewis-hamilton/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 01:07 PM | Show all posts
Great blog !! You should start many more. I love all the info provided. I will stay tuned. griovimo darbai vilniuje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.177304 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list