View: 711|Reply: 5
|
Napsiah Beri Keterangan Kes Flash Mob Harga Barang Di Persimpangan Lampu Isyarat
[Copy link]
|
|
Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Kebajikan Bidadari Malaysia Napsiah Khamis Maharan dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan 'flash mob' membantah kenaikan harga barang di Mentakab, Pahang pada Sabtu.
Napsiah bersama peguamnya Faizal Rahman tampil di Balai Polis Bukit Jelutong pada jam 1 petang Selasa.
Sinar Harian
Faizal berkata, anak guamnya telah memberi kerjasama kepada pihak polis dalam membantu siasatan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Napsiah berkemungkinan akan dipanggil semula untuk dirakam keterangan sekiranya ada soalan lanjut daripada pegawai penyiasat kes," katanya pada sidang akhbar di hadapan Balai Polis Bukit Jelutong di sini pada Selasa.
Sementara itu, Napsiah berkata, isu kenaikan harga barang memberi kesan kepada masyarakat khususnya golongan wanita.
"Kenaikan harga barang ini sangat drastik, ia turut menganggu kehidupan serta sosioekonomi rakyat Malaysia," ujarnya.
Dipercayai kira-kira 30 orang mengambil bahagian dalam flash mob yang diadakan di sebuah persimpangan lampu isyarat di bandar Mentakab pada Sabtu.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Sendunya thread ni takde org komen pun. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam forum ni majoriti T20segelintir je M40
jadi thread harga barang naik ni tak menjejaskan ekonomi mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
Oo gitu ke sis, ingatkan ramai acik2 gomen bifoti dlm nih
|
|
|
|
|
|
|
|
ada lg ke org buat flash mob
yiiihhhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|