View: 73184|Reply: 976
|
Pusat Perunding Haji Furada (PPHF) X 'The Noor By Neelofa' bukan Doyof Al Rahman Program (DARP) X Saudi Vision 2030
[Copy link]
|
|
Doyof (in Malay: Tetamu) Al Rahman Program (DARP) X Saudi Vision 2030 ialah program Kerajaan Monarki Diraja Arab Saudi. Visi 2030 Arab Saudi (Saudi Vision 2030) dilancarkan pada 2016 menyaksikan pelbagai objektif telah dicapai dalam usaha kerajaan Arab Saudi mendukung kepelbagaian ekonomi demi membina masa depan gemilang untuk rakyat negara Arab Saudi.
Kerangka strategik visi ini demi mengurangkan kebergantungan terhadap minyak yang merupakan hasil eksport utama, serta mempelbagaikan ekonomi dan membangunkan sektor perkhidmatan awam termasuk kesihatan, pendidikan, infrastruktur, rekreasi dan pelancongan.
Dilancarkan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin AbdulAziz Al-Saud pada 25 April 2016, visi ini bertujuan menjadikan negara Saudi sebagai model terkemuka dunia dengan memperkasa rakyatnya. Pembangunan ekonomi turut menjadi satu daripada tonggak utama Visi Kerajaan 2030, dengan menetapkan matlamat ekonomi Arab Saudi antara 15 tertinggi di dunia.
Visi 2030 permulaan kepada sebuah transformasi berterusan. Apa yang telah dicapai, dan apa yang ingin digapai, adalah berkat usaha keras rakyat secara berterusan, kerjasama antara sektor swasta dan pihak ketiga bagi memartabatkan negara. Pelbagai cabaran dilalui demi mencapai matlamat masa depan.
Salah satu program nadi Visi 2030 Arab Saudi adalah Doyof (tetamu) Al Rahman Program (DARP) yang berkaitan dengan haji dan umrah. Program ini tiada kena-mengena dengan Pusat Perunding Haji Furada (PPHF). Pusat ini dikenali rakyat Malaysia kerana Pusat Perunding Haji Furada (PPHF) bersama dengan 'The Noor oleh Neelofa' telah membuat pakej haji furada pada tahun 2022.
Logo Pusat Perunding Haji Furada (PPHF) yang diiklankan dan dipamerkan adalah 90% hampir sama dengan Doyof Al Rahman Program (DARP) X Saudi Vision 2030. Selain hanya sedikit perbezaan warna pada logo asas, ada sedikit sahaja perbezaan adalah dari segi pertukaran simbol sebatang pokok kurma dan dua bilah pedang ( lambang ini terdiri dari dua pedang yang bersilangan dengan sebatang pohon Kurma di ruang terbuka di antara pedang-pedang tersebut. Pedang-pedang melambangkan dua daerah, Hijaz dan Nejd yang disatukan di bawah Ibn Saud pada tahun 1926 ) dengan simbol kaabah dan tulisan PPHF. Adakah ini cubaan untuk mempamerkan seolah-olah Pusat ini sebahagian dari Doyof Al Rahman Program (DARP) X Saudi Vision 2030? padahal realitinya Pusat Perunding Haji Furada (PPHF) X 'The Noor By Neelofa' bukan Doyof Al Rahman Program (DARP) X Saudi Vision 2030.
Pada tahun 2022 bersamaan 1443 tahun hijrah, Perunding Haji Furada (PPHF) bersama dengan 'The Noor oleh Neelofa' telah membuat pakej haji furada berharga RM79k yang dirancang penerbangannya pada 10 Jun kemudian ditukar ke tarikh 25 Jun 2022 dan kemudiannya ditukar lagi ke tarikh 7 Julai 2022.
Pakej haji furada dari Pusat Perunding Haji Furada (PPHF) X The Noor App By Neelofa juga turut mengiklankan kemudahan pembiayaan peribadi Islamik yang mana kemudahan pembiayaan peribadi ini disediakan dengan kerjasama bank yang terpilih. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tik tok tik tok tik tok ... |
|
|
|
|
|
|
|
SharifBakhti replied at 5-7-2022 08:18 PM
tik tok tik tok tik tok ...
7hb ye?
tik tok tik tok tik tok .... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
SharifBakhti replied at 5-7-2022 08:19 PM
7hb ye?
tik tok tik tok tik tok ....
ini ke yang dimaksudkan? nak scam rakyat Malaysia ke? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
79k untuk 40 hari? Mcm best je..tp nape penerbangan ekonomi?kate vip |
|
|
|
|
|
|
|
kotakominami replied at 5-7-2022 08:25 PM
79k untuk 40 hari? Mcm best je..tp nape penerbangan ekonomi?kate vip
40 hari tu jika dari 10 Jun, hari ini sudah 5 Julai |
|
|
|
|
|
|
|
.
Tinggi sgt bahasa ni...lukis boleh?
So apa cer dgn jemaah² haji tersebut? |
|
|
|
|
|
|
|
SharifBakhti replied at 5-7-2022 08:30 PM
40 hari tu jika dari 10 Jun, hari ini sudah 5 Julai
Ish takkan lah sampai macam tuh tak leh anjak ke depan ke cukopkan 40 hari....duit org kot....raya haji pon nak dekat dah..naye kat org. |
|
|
|
|
|
|
|
kotakominami replied at 5-7-2022 08:41 PM
Ish takkan lah sampai macam tuh tak leh anjak ke depan ke cukopkan 40 hari....duit org kot....raya ...
tak boleh cover rasanya tapi tak tahu le jika mereka boleh buat, skrg ni fly pon belum lagi group tu..... kena selesaikan urusan sampai ke arafah dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Pe mende program haji dgn pinjaman peribadi?
Gilo ape |
|
|
|
|
|
|
|
Lukis boleh?
Tak pun panggil owner apps nama tertera tu utk bagi kita faham. Harap lidah tu tak berbelit bergulung2 explain, susah nanti nak faham bait bait perkataan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
SharifBakhti replied at 5-7-2022 08:52 PM
nak cari website
Website Doyof Al Rahman Program
https://www.darp.gov.sa |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
SharifBakhti replied at 5-7-2022 08:52 PM
nak cari website
Website Pusat Perunding Haji Furada (PPHF)
http://hajifuradamalaysia.com |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
PENUNGGANG AGAMA ...... amin !!!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lusa laa patut fly kan? Kawan aku baru bagi tau hari tu, hati-hati dengan pakej furada. Nak buat haji, better guna pakej swasta dengan visa under tabung haji. Terjamin. Furada ni belum tentu dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul yg dah booking tak terbang-terbang lagi...naya...pastu rege 79K tu utk 40 hari kan...so tak cukup mgt pulangkan balik baki ka...kalu dah berhutang dgn bank lagi naya pak karim... |
|
|
|
|
|
|
|
SharifBakhti replied at 5-7-2022 08:18 PM
tik tok tik tok tik tok ...
PPHF X The Noor |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Naya Pak Karim....
Pergi haji selepas bebas hutang ❌
Pergi haji buat hutang ✅ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Incanto at 5-7-2022 10:41 PM
mcm last minute sangat
wukuf kat arafah 8 july
7 july semua dah bertolak dari Makkah
kalau betul group Noor ni bertolak 7 july dari Malaysia ...kelam kabut lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|