CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 706|Reply: 0

Hakim Danish cemerlang di bumi Sepanyol

[Copy link]
Post time 5-7-2022 12:47 PM | Show all posts |Read mode

HAKIM DANISH berada di kedudukan kelima keseluruhan dengan mengumpul 70 mata pada perlumbaan ETC 2022 setakat ini.


JAGUH dalam pembikinan negara, Hakim Danish Ramli meneruskan momentum cemerlangnya apabila sekali lagi berjaya menempah nama di podium ketika bersaing dalam perlumbaan European Talent Cup (ETC) 2022 di Jerez, Sepanyol kelmarin.

Pelumba pasukan SIC Ra­cing ETC itu dilihat mula menyesuaikan diri dengan jentera serta cabaran perlumbaan di bumi Eropah sebelum berjaya meraih podium tempat ketiga di Jerez.

Lebih manis, ia adalah po­dium kedua Hakim Danish dalam perlumbaan ETC selepas pelumba kelahiran Terengganu tersebut menamatkan saingan tempat kedua pada perlumbaan kedua di Litar Estoril.

“Pada perlumbaan tadi saya sangat gembira kerana ini kali kedua saya berjaya menaiki podium. Pada Perlumbaan 1, saya memulakan perlumbaan dengan baik dan memintas beberapa pelumba pada pusingan pertama.

“Saya sedaya upaya untuk berada di depan untuk memenangi perlumbaan tetapi pelumba Aspar Junior, Dodo Boggio begitu laju di hadapan dan berpuas hati kerana berjaya menamatkan saingan podium tempat ketiga.

“Meskipun pada Perlumbaan 2 saya yakin mengulangi tunggangan terbaik tetapi saya berdepan masalah jentera. Saya berdepan kesukaran untuk kekal dengan kumpulan hadapan.

“Apa pun, saya masih gembira dengan prestasi keseluruhan minggu ini. Terima kasih kepada semua penaja saya terutamanya SIC Racing dan pasukan atas sokongan. Saya akan terus perbaiki tunggangan saya menjelang perlumbaan seterusnya di Portimao,” katanya.

Hasil keputusan tersebut, Hakim Danish kini berada di kedudukan kelima keseluruhan dengan mengumpul 70 mata, manakala Boggio yang meraih dua kemenangan berturut-turut dalam saingan itu berada di tangga teratas dengan 96 mata.
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... g-di-bumi-sepanyol/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.067508 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list