CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35912|Reply: 504

Beta Telah menonton Filem Mat Kilau”-Bertuahnya Fattah Amin & Fazura Dpt Tonton Filem ‘MAT KILAU’ Dgn SULTAN SELANGOR

  [Copy link]
Post time 4-7-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 5-7-2022 10:07 AM



Luar biasa penangan filem Mat Kilau. Tujuh hari ditayangkan, filem arahan Syamsul Yusof tersebut berjaya meraih kutipan mencecah RM23.3 juta! Bukan calang-calang, tak dinafikan ‘sentuhan’ anak Datuk Yusof Haslam ini mencetuskan revolusi baharu dunia perfileman sekaligus menarik peminat seni menonton kembali filem Melayu tempatan.

Fattah Amin, salah seorang bintang filem berkenaan turut menjadi bualan ramai kerana bakat lakonannya yang semakin terkesan di hati penonton. Difahamkan ketika Fattah menjayakan watak Awang dalam filem itu, dia baru mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Fazura.

Baru-baru ini Fattah dan Fazura sekali lagi menonton filem aksi tersebut. Istimewanya, mereka berdua berpeluang menyaksikan filem Mat Kilau bersama Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Untungnya Fattah dan Fazura, bukan sebarangan orang dapat peluang macam tu!

Fattah yang lengkap berkemeja lengan panjang biru kelihatan teruja berkongsi pengalaman sepanjang melakonkan aksi filem itu kepada Sultan Selangor. Malah, filem Mat Kilau turut mendapat pujian daripada Baginda Sultan kerana berjaya mengangkat seni orang Melayu ke tahap lebih tinggi.

Ketika menonton filem Mat Kilau, DYMM Sultan Selangor tampil segak dengan kemeja lengan panjang kuning. Sementara Tengku Permaisuri Selangor pula anggun mengenakan blaus polos merah.

Filem epik Mat Kilau berjaya membuka mata orang ramai tentang bakat lakonan yang dimiliki oleh pelakon popular, Fattah Amin.

Watak Awang telah menyerlahkan kemampuan penyandang gelaran Hero Remaja 2011/2012 ini di arena lakonan.

Jika dulu dia sering dilabel sebagai kayu, kini pujian melambung yang diberikan kepada suami Nur Fazura ini di atas keberkesannya membawakan watak Awang yang penuh hasad dengki dengan kehebatan Mat Kilau.

Ramai juga yang mempersoalkan pemilihan Fattah sebagai salah seorang tunjang utama dalam filem epik pahlawan Melayu ini.

Kata mereka, tahap lakonan Fattah belum layak untuk diletakkan sebaris dengan pelakon-pelakon yang lain seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy dan Johan Asaari.

Tetapi benar bak pepatah Inggeris, jangan menilai sesebuah buku dari kulitnya. Buktinya, nama Fattah sohor kini di media sosial dengan puji-pujian terhadap lakonannya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiklah... Tahniah MK.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 07:28 PM | Show all posts
Tahniah... iols je tak dapat tengok lagi... mungkin minggu ke 3 baru la surut kot sebab semua gigih nak tengok thor love n thunder pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Awww bukan kaleng2 kawan daddy n mummy fatima
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 07:46 PM | Show all posts
patik pula nak menyambut bon odori dengan maria nagai

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 07:48 PM | Show all posts
Wah 23juta dah? Memang balik modal sangat lah. Bg la bonus kat pelakon n krew2 gak sol Jgn mkn sorg aaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sapa2 nk try mencakar yistana keww
Gigil yg berkelubung tu bagai di robek2
Ketinggalan jauh bertiang takde ong kawen dgn pak setad
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pn golongan kaler luna maya tak teraser kewwww kena hantam gak diorg dulu kini selamanya adalah pepatung cendana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 4-7-2022 11:49 AM
Ada sapa2 nk try mencakar yistana keww
Gigil yg berkelubung tu bagai di robek2
Ketinggalan jauh be ...

.
Ada org pernah mkn ayam dipingan yestana sampi tinggal tulang...kekenyang sambill berdengus bunyi mcm kerbau?
Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mendonia ya fattzura smpai masuk buletin tv3
harap tiada hati2 yg tersakiti yach
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe agak kagum jugak la dgn mrk berwarna ni..

Acik rasa mrk ekhlas pigi nonton kerana Mat Kilau itu sendiri bukan karna YH ka, SY ka FA ka or the enemy of my enemy is my prenggggg ..gittewwww!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 4-7-2022 08:16 PM
mendonia ya fattzura smpai masuk buletin tv3
harap tiada hati2 yg tersakiti yach

Ala setakat sultan ada apa hal .kata tolip .artis lain dapat jemputan branded stuff
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
hashashes replied at 4-7-2022 07:48 PM
Wah 23juta dah? Memang balik modal sangat lah. Bg la bonus kat pelakon n krew2 gak sol Jgn mkn sorg  ...

MK ni bukan produksi Sol kan? Sol director je? Layak dpt bonus jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
queen ni rajin kan turun kalau ada aktiviti artis dia suka,mcm haritu masa konsert slam pun dia dtg rupanya dia salah seorang peminat slam

ni dtg tgk movie bagi support ke mak timah
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
milafida replied at 4-7-2022 08:46 PM
Ala setakat sultan ada apa hal .kata tolip .artis lain dapat jemputan branded stuff

Kan ada kata pepatah;
Bodoh-bodoh sepat, Bodoh lagi Tulip benak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi bamtah specialnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 10:03 PM | Show all posts
Apa perasaan Rimau dgn Bungkus.

Bukan main nk mencakar. Sekali kene tendang sbb try hard sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin poyo la syamsul bila sultan selangor pun cemar dulu tengok mat kilau.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
hashashes replied at 4-7-2022 07:48 PM
Wah 23juta dah? Memang balik modal sangat lah. Bg la bonus kat pelakon n krew2 gak sol Jgn mkn sorg  ...

Dah 47juta u...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
milafida replied at 4-7-2022 12:46 PM
Ala setakat sultan ada apa hal .kata tolip .artis lain dapat jemputan branded stuff

Naseb juga Jah dpt merasa makan dlm pinggan yestana, idok la kempunan sgt wpun tak dpt mencakar yestana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.095437 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list