CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 603|Reply: 10

[Tempatan] Sultan Selangor pandang serius gejala pepecahan Orang Melayu

[Copy link]
Post time 4-7-2022 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Sultan Selangor pandang serius gejala pepecahan Orang Melayu

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... cahan-orang-melayu/

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
4 Julai 2022, 3:31 pm


SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius gejala perpecahan di kalangan orang Melayu terutama pemimpin politik Melayu.

Baginda bertitah, perbalahan dilhat amat ketara ketika ini, boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di negara ini.

Beta menegaskan tidak berhasrat untuk mencampuri urusan politik dan pentadbiran negara.

“Walaubagaimana pun, Beta merasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetulkan keadaan di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu dapat segera dihentikan.

“Ini bagi menjamin agar kepentingan masyarakat Melayu dapat dipelihara tanpa mengenepikan hak dan kepentingan masyarakat bukan Melayu di negara ini,” titah baginda menerusi kenyataan hari ini.

Sultan Sharafuddin menjelaskan para pemimpin politik Melayu perlu sedar bahawa pembangunan dan kemajuan negara amat bergantung kepada kepimpinan yang stabil.

Baginda menambah, sekiranya gagal menunjukkan kepimpinan baik dan bertanggungjawab akan menyebabkan kaum lain hilang rasa hormat sekali gus tidak akan memberi sokongan yang padu kepada pemerintahan orang Melayu.

“Pemimpin politik Melayu harus juga bekerjasama dengan pemimpin parti politik kaum lain bagi menjamin pembangunan negara dijadikan keutamaan demi keselesaan hidup rakyat pelbagai kaum,” titahnya.

Sultan Sharafuddin turut menegaskan baginda menyedari gejala fitnah-memfitnah berlaku dengan berleluasa di kalangan masyarakat.

Dalam perkembangan sama, Sultan Sharafuddin yang telah menonton filem Mat Kilau memaklumkan sekiranya dihayati dialog digunakan dalam filem itu adalah bertepatan menyampaikan pesanan kepada orang Melayu.

“Kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada semangat perpaduan dan pegangan kepada agama Islam.

“Justeru, beta menggalakan masyarakat terutama orang Melayu untuk menonton filem ini supaya boleh dijadikan teladan dan pengajaran bahawa tamadun dan negara boleh runtuh sekiranya tiada bersatu padu,” titahnya. -KOSMO!ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 03:48 PM | Show all posts
salah satu punca perpecahan melayu adalah disebabkan sultan2 melayu juga
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 03:53 PM | Show all posts
baru aritu bergaduh pasal pesta hantu
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 03:55 PM | Show all posts
mcm mana x berpecah. kalo dh semua parti xleh pakai n utk kepentingsan sendiri..............
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Komen salah x komen pun salah… semua jadi serbasalah ???????? semua ni started with pengiler kuasa, pemakan rasuah yg nak lepaskan diri dan sitamak haloba
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 05:11 PM | Show all posts
Orix replied at 4-7-2022 03:55 PM
mcm mana x berpecah. kalo dh semua parti xleh pakai n utk kepentingsan sendiri..............

sultan2 melayu & ahli2 politik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2022 05:14 PM | Show all posts
Tuanku patut risau dengan ummah2 PKNS

ramai dah jadi bangsa etis gay pondan pedo ada telur buang kasi anjeng makan

ampun Tuanku



Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 06:14 PM | Show all posts
sembang atau hilang ingatan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 06:17 PM | Show all posts
baru tersedar...bukan dulu isu pas kafir mengkafir..tu bukan bangsa melayu ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Gunakan la kuasa yg ada untuk menyatupadukan balik Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia pandang je gais.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.176081 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list